Thursday 5 January 2012

bila mood tension da menjelma =='

assalammualaikum. kengkawan. bloggers.



around 2 weeks ni, aku ni rasanya dlm tension je lah, stress segala bagai, sebabnya for this 2 weeks aku ngn dak2 kelas kena perform menari lagu tradisional ! lagu kurik kundi siti nur haliza pulak tuh. memang sumpah aku ni rasa cm ade benda berat je kat belakang aku nih, aku rasa cm de je benda contohnya almari  besar n berat nak hempap aku !!! huwaaaaaaaaaaaa..

aku la the most person yang paling tension sekarang ni dalam team menari tu, aku lah yg paling
kengkang n keras cm kayu kalo bab2 menari segala ni. hadooi. sumpah aku dalam tension je skang ni, sakit hati pon de asal lah aku kena menari ! dah tu perform depan orang ramai lak tu, dalam dewan orang ramai  segala. huwaa...memang aku menangis tak berlagu lah..

 tapi nak buat cmne, aku nak tarik diri x bole. dah aku dah di "list" kan org yg  kena menari. actually kitaorng kena buat performance time mini karnival anjuran hatta legga, syarikat getah kat Bestari Jaya .
mini karnival tu adalah sebagai satu pendekatan syarikat diorang nak dekatkan mereka dengan orang ramai dan student cm kami, kami ni student dip pen pra sekolah dipanggillah buat amal kat sana dan jugak wat persembahan. sekali gus bole lah syarikat diorang mempromosikan kilang diorang tu...
aku risau bebenor ni, dah dua hari da ni berlatih menari aku lah still kayu menari, mau tak nyer seumur hidup aku xpernah menari kot. dah kerepot ni nak menari , memanglah tulang aku da macam kayu keras yang xboleh dipatah2kan lagi dah. huhuhu..

hopefully menari tu akan jadik la nnti, takutynyer aku, risau klu menari tu xjadi gara2 aku, hahhahahaa...
dengan penuh rasa humble n malunyer aku memang nak ngaku aku tak pandai menari!!!!!!!! silap je aku ni, gelabah tak tahu nak ikut renatk tu, walaupun lagu tu skit punyer slow tu.. tu yang wat aku risau tu, tradisonal a.k.a kebudayaan betullah, huhu.
apa2 je lah , korang doakan aku menari tu xde hodoh nyer walaupun aku rasa da tahu ape la jadi nyer nnti . teheeee=)  klu da video nanti time perform , aku upload kan nyer =)

owh, arini pun sebenarnya atau sepatutnyer aku ngn dak kelas jugak kena menari tuk subjek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak, lecturer tu mintak kitaorang menari just sebagai perform di kelas biasa2 je. lagu untuk arini lagu kanak-kanak Lantai Indah n Bunyi Gitar by P.ramlee.. heee. tapi aku harap lecturer aku tuh lupa lagi nak mintak kitorang perform sebab dah dua minggu die cancelkan kelas. =) . tapi klu jadi ,aku uploadlah video menari yang ni, dan tgk la aku yg paling buruk di kalangan mereka2, hehehehe. =)

No comments:

Post a Comment