Wednesday 25 January 2012

4 hari yang menggembirakan aku, enjoy abissss.

assalammualaikum.
salam ya habibi, kaifahalukum? ohh, biqa'? alhamdulillah .. =)
syukur kepada ALLAH S.W.T , aku masih dapat bergembira mcm biasa, aku gembira aku masih ada peluang nak hidup kat dunia ni, dan syukur rezeki aku melimpah2..
agaknye kenapa la aku ni terlalu gembira? sebabnya aku dpat rasa 4 hari yang sangat2 mgembirakan aku. 
sepanjang dari aku cuti seminggu ni, aku dpat bergembira ngan family , kawan2 juga HATI aku..heehe

hari pertama bertarikh 21/hb 1/ 2012. makan angin ngan family-trip ke PADANG BESAR perlis..=)))

mak aku beli beg baru, aku yang beragam..pinjam beg ye mak, =)
sepanjang kami dia sana, shopping abis. =)

hari kedua bertarikh 22/hb 1 /2012 . pergi dua majlis kawan baik aku bertunang, dan kat situ dapat jumpa kawan2 lama, serius sangat seronok, terlalu gembira. kami dah macam apa dah, bergambar je tak abis, sampai culik "pengantin" lama2, sebab semata-mata sakan bergambar =) , apa2 pun kerinduan kat kawan2 terubat.

rumah pertama, pertunangan imah =)

hari ketiga 23/hb 1/2012 .jumpa HATI, walaupun kejap. tapi sgt suke , biasalah, rindu kan,  hekhek=)


hari keempat bertarikh 24/hb 1 /2012. berkelah dgan family, ke sungai sedim.15 orang , sure lah seronok kan. enjoy terlampau! happpyy..=).sayang sekali tak bergambar arini. dalam seramai tu xde yang nak amik gmbar, maklumlah syok mandi n berendam, mana sempat bergambar, kang masuk air pulak kamera tu, hee

4 hari ni yang buat aku bersyukur sgt2 aku ni masih disayangi dan masih diberi peluang untuk rasai perasaan gembira dan keseronokan dunia, nikmat berkeluarga, nikmat berkawan , dan nikmat berkasihan. heee


Friday 20 January 2012

balik kampung sambut CNY, aku makan besar.. ngeee



assalammualaikum semua, dek aku ni terkinja2 nak blik kampung korang tahu, terhancur luluh aku dapat tahu tiket ke utara dari kl dah abes. alahaii..kedah menunggu kepulangan ku, hekhek,
aku pon dah gelabah monyet sgt cmna ni nak blik kampung..aku  tanya mber2 utara semua kata sabtu baru da tiket, alohhoooiii.cek nak blik awai la...
aku nak blek sbelum sabtu, xmau aku tggu lama2, kelas dh abes, then aku pon wat la muka kesian kat kak nurul, mber kelas aku. disebabkan dia blik ke utara dengan kereta dia, aku pon wat muka xmalu nak tumpang kak nurul. alhamduliillah kak nurul baik hati, bagi muka xmalu ni tumpangkan. heeee..
ok,plan punya plan, lastly aku wat keputusan balik ngan kak nurul pas kelasa ari khamis then sampai kat rumah kak nurul je, selanjutnya akak2 kesayangan aku yang datang ambik aku kat taiping, heee.
biasalah time ni la kau nak ngada lebih sket, dek malas nak cari bus dr taiping ke kulim tu...malam nyer kemas la beg packing baju segala, bawak baku lebih sket sebab family aku da ajak g jalan2 tapi belum pasti jadi ke tak, hee, walaupun berbekalkan asgmnt menggunung , nak jugak  aku jalan2 ye.. ^_^, apa pun blik kampung dulu. semua di kampung tgu kepulangan ku, hee. ngada~~

ari khamis 19 /1/20112 .
ok, pagi tu pegi kelas cam biasa. dah tu pas kelas , aku ngan dak kelas aku terasa kelaparan dan kehausan.plan nak minum2 je alih2 si nana a.k.a housemte aku jugak ajak  pegi kepsi...
berbunga seronok lah pegi kepsi ni. heeee, pegi la kitaorg k kepsi ijok.. 1st customer lak kitorg ni, bawak aura agaknya. hahaha, dapat lepas gian makan kepsi. sampaikn ntah kenapa kitorang jadi gila kejap kat kepsi tu. mybe aura dek ada org gile sempat dtg meja kitorg time tgh makan. yg org gila tu pon, sket punya cntik kepsi tu kau nak masuk jugak, kacau jee.

yeh,yeh.. ni lah kegilaan kami kt sana,
kekejaman dan penderaan berlaku!

alolololololo.....sume wat muka comel pulak..

blik je dr kepsi,aku jumpa dak umah aku peluk cium kejap . biasalah sedih nak blik kampung, huhu.. pastu aku pon mulakan perjalanan aku ngan kak nurul ke utara tanah air. balik kampung...ooo..balik kampung...=)

sampailah lebih kurang 4 jam perjalanan kitaorang. aku ngan kak nurul sampailah kat rumah kak nurul. heee.
malunyer chek nak menyusahkan orang. maaf kak nurul. . dah agak dua jam lebih aku tumpang umah kak nurul,siap aku dah pekena nasi lauk gulai ikan n sayur kat rumah kak nurul, serius sodap. hee..
my sis berdua tu pon sampailah dari kulim. amik aku. dapat jugak diorg cr rumah kak nurul dengan pertolongan adik kak nurul yg kelakar tu. heee.dengan perut aku yang tengah kenyang my sis berdua ni ajak pulak pekena western food kat station western restaurant kat taiping tu. dah rezeki xkan aku nak tolak kan. diorg lapar , aku pon buat lah mcm lapar jugak,kang xdapat makan steak n chicken chop .heee...
lawak nyer , adelah kitorang de tgk abe tu bwak steak yang berasap2. kitorg pon bergeleng je kepala sape punya la tu.. punya tu, dah tu datang meja kitaorg. hee. aik? malu nyer time tu x sgka kitaorg punya,  heee...segan aku nak makan. aku teruja bhaii. dapat steak berasap2 cm tu. dah kenyang makan2 kat restoran tu sempat kitaorg makan sotong goreng tepung dalam kereta.. ni bungkus gara2 sebab malu nak makan byk kat kedai. heee.

kak aku , si zuhairah 

Aku interframe , biasa lah, haha

aku dgn kak aku , si zuhaila. mereka2 adalah si orang
yang belanja  aku seperti biasa.hahaha
dah tu kitorg mula lagi perjalanan ke rumah , sampailah ke kampung halaman aku. jam 11 malam..dahtuu...aku bukak la tudung saji atas meja, biasalah aku kenyang ke hape, tu perkara yg mesti aku wat klu baru sampai dr kl. heee.jeng, jeng, jeng, dah tu tgk de nasik lauk gulai ikan ngn sambal belacan cam sedap je..aku makan la lagi..hohohohohoo.. sumpah banyak giler aku makan hari ini... kepsi+kuih pau+nasi gulai ikan n sayur+steak+chicken chop+fries+sotong goreng tepung+nasi lauk gulai ikan lagi+sambal belacan. 

dah tu, apa lagi baru je sejam pas makan terus aku pengsan~.. tido, penat, mesej kat HATI pon aku x balas dah, ghaib terus dek terlampau kenyang + penat blik dr jauh2. heee..ok, alhmdullillah perjalanan ahari ni pon lancar dan kami semua selamat sampai ke rumah dengan selamat. ameenn..semoga aku pon terus bersyukur dengan nikmat dan rezeki aku, dah tu rezeki aku melimpah2 hari ni. orang cina nak makan besar smbut new year, aku yang makan besar lagi awal dr diorang .heee. k sampai cni je la setelah panjang berjela aku melalut, maaf aku memang suka melalut panjang2. salam. ilalliqa'

Monday 16 January 2012

Glitter glitter cumel2, geram nyer..

Glitter Graphics graphic:

hah ni korang tgk,  ni link web yang ade mcam2 benda korang boleh letak dekat blog korang, cumel2 =)
 sy ade lah letak jugak 2,3 biji glitter n benda2 cumel tuh. heheee
orang tak pandai nk cntik kan blog an, letak je lah ape je yg rasa cumel tuh.. ntah cm hape dah jadi blog ni. burukkk.. tapi ade haku kesah? hahaha... =='

Sunday 15 January 2012

mini karnival HARTALEGA part 2 (the day of event)

assalammualaikum hai semua, okeh hari yang dinanti2 dah tiba, the event. hari penting ni,
so entry hari ni adalah mini karnival part 2..
so tarikh gilang gemilang 14 hb 1 tahun 2012 adalah tarikh berlangsungnya mini karnival yang telah diraptaikan pada 13 hb 1 2012.

serius paling gabra arini,mau tak nyer,pagi2 dah siap2 tu turun ke tempat tggu bus dtg, time tuh dh terasa gabra, skit perut memulas, tu pon effect sebab pagi2 sama kan, proses penghadaman tak betul , heehehe.
mau tak gabra , hari ni lah aku n the dancers lain nak perform menari ala kebudayaan tu.
mak aii,,terngiang2 lagu kurik kundi tu dlam telinga aku sekaligus otak berlegar2 mengingat step. huhuhuhu.
then pagi tu bole pulak bus dtg lambat.sejam lebih kami tggu kot.
pastu jam 7.30 pagi kami sampai  je amik no ntuk lucky draw then kami pon mulalah tugas masing2, n kami  yang as a dancers ni jadi la sekejap penyambut tetamu kedatangan D.O..

pastu mula lah lagi memulas perut aku ni sebab gabra makin memuncak. jam 9.20 je perform menari yang pertama akan tiba.



  

dah tu bila sampainyer waktunya, aku pon bersama semua dancer berkurik kundi lah.. dan aku da terlambat wat step dari yang lain, ntah apa yg aku pikir ntah, otak kejang je rasa time tu, sumpah xpernah aku perform menari cam ni, depan orang ramai..scary gler .. =='
pastu setttle perform pertama, lega lah kami ni.. pastu sementara nak tgu perform kali kedua jam 12.20 kami ni pon berjalan2 je lah kat setiap  booth mini karnival tu, jalan jalan sambil puas berposing segala bagai ..

eh, aku dapat lucky draw tu. hadiahnya, tupperware, hekhek, =)... masa makin cepat berjalan jalan dah tu sampailah pukul 12.20 perform lah kami sekali lagi, kali ni mak aiiii!! lagi ramai, sangat ramai, dikeliling orang depan belakg kiri kanan, mak aiii,malu gler kot..tak  kira  apa time tu menari je lahhhh.. alhamdulillah kali ni x silap step. hehee=)





lagi pon lega sebab kata kawan2 , kali ni macam ok sket dr yg first kami perform td tu..
alhamdullilah abis je tarian tu kami pon dah bole suka suki. hee.. sampailah pukul 2 kami blik ke hostel blik...
syukran ya Allah acara kami berjalan dengan lancar dan setiap acara di mini karnival tu contohnya drift car, pertahanan diri, motor bike, cycling, n semua lah byk lagi acara n aktiviti kat booth2 yang ada semuanya terkawal. kami semua pon sangatlah fun n enjoy hari ini, insyallah pas ni bole wat lagi event cmni =) tapi aku tak nak kena menari lagi, heee. k salam, illal liqa' . =)))))

ni gmbar2 aku dan semua kawan2  sepanjang mini karnival tu. selamat membelek2 gambar - gambar ini. hehehehe..























Saturday 14 January 2012

mini karnival HARTALEGA part 1 (raptai)

assalammualaikum, kalian2.
hari ni aku nak wat dua entry . part 1 n part 2.
entry ni aku nak cite sal aku n dak kelas ngn jugak senior kami ada joint venture ngn syarikat Hartalega kat Bestari Jaya wat event mini karnival .
mini karnival atas jemputan syarikat hartalega untuk kami sama2 jayakan karnival ni.
ni semua berkat aida, a.k.a budak kelas aku yang berkerjasama ngn syarikat ni , then beri kami peluang wat event cmni..
 part 1  ni adalah raptai untuk event tu,



ok,best, sweet, penat, kelakar, fun ,enjoy, apa2  je la... semunya ada..
tarikh 13 hb 1 , kami buat raptai nye dulu, tmbah dengan gotong royong sekali.

actuallly is semua orang diberi kerja dan tugas masing2 dan aku bersama 15 orang lagi was the dancer.. hahahaha
dancer kebudayaan , lagunyer kurik kundi by siti nurhaliza. heee...
setelah penat dekat 3 minggu berlatih kitaorang sangat gabra nak perform untuk esok. hari ni as a raptai je pon dah terlalu takut, sumpah gabra!

hari ni kami da la praktis jugak tarian kami  bersama sound system sekali.
masa menari tu ngn sound yang kuat tu terus aku rasa x jadi menari aku, lagu tuh jadi laju je , yg hari2 lain duk berlatih guna laptop sound tak pulak gabra cm ni, tapi dengan orang tgk lagi ni, sumpah takuttt..sound nyer mak aii..satu kampung dengar!

aku ni lah antara yang menari kayu teramat amat. tapi apa pon aku wat je.. nseb baek kami semua dibimbing terbaik lah oleh cikgu tari kami, * cikgu mira * , a.k.a budak kelas aku jugak, untung sebab ade die yang pandai menari.

ok, kat bawah ni aku letakkan gmbar2 kami time raptai tu, amik gambar kan memang penting. heee..


" me as myself. zu =) "

wanis,phea,put,mira,nana,farah =)

aku amik gmbar je, sapu sampah tak pon. malas, heee

azie , & pinky

me and my cikgu tari , mira =)

awin & farah pinky =)

farah, & nana. candid time =)

my housemate + classmate, nana

wanis & aku . we're 22 =)

nad,azie & aku

tgk ni ha! muka aku berminyak + berpeluh, kepenatan, heee.



dan saat ni kami mula la bertawakkal kepada ALLAH . mintak2 esok tak la jadi apa2 masalah time perform, nmpak gaya performance kami akan jadi tumpuan, sebab akan da ramai gile orang. hukhukhuk. takutt sgt. tawakkal je lah..
dah blik raptai tu kami pon malam nyer prepare la segala baju n siap2 nak tido sebab kena bgun pagi2 pukul 5.30. .
ya Allah lancarkan lah acara kami esoknyer, semoga persembahan kami berjalan lancar.. ameenn =)

p/s ; apa2 jadi esok, please jangan gelak kat kami, tmbah2 aku yang kayu ni!  ingat!!

Friday 13 January 2012

hati gembira sebab HATI bagi sesuatu.

okay frens, tension2 aku pon sebenarnya de jugak perkara yg buat aku hepi. hekhekhek.rasa berbunga bahgia je sebab ada HATI yg buat aku ni terkinja kinja bahagia. ngeee..=) hari aku stress dia buat aku terkesima. haha. aku okey. benda kecik tu, remeh lah.

hey,KAU,
aku tahu kita  bahagia,
tapi tak selalu kita juga kita bahagia,
aku tak suka bila,
kau dan aku tidak beria bahagia,

hey KAU,
aku sayang kau,
bukan maksud aku sakiti kau,
bukan mahu aku hukum kau,
fahami aku kekasih kau.

hey KAU,
jangan lupa kita sama,
sering buat masalah sama,
sama-sama, sama  terluka,
dalam masa sama kita bahagia bersama.

hey KAU,
aku suka cara kau,
cara pujuk aku cara kau,
aku sayang kau,
tetapkan hati aku pada kau.

sedalam dalam hati aku ni aku rasa sumpah terharu, rupanya senang aku maafkan dia, HATI aku, kenapa...
sebab aku sayang sangat dia,
dia wat salah aku maafkan, aku wat salah die maafkan.
forget the wrongs, remember the kinds =)

aku terkinja berpuitis ni sebab aku terharu die pandai pujuk aku, dan sesimple cara dia tu aku suka.
dia da lah buat salah dengan aku satu hari, tapi jenis aku malas nak amik port.klu org lain mybe lah dah berperang sana sini , biasalah org bercinta, tapi itu bukan cara aku.

aku taknak gaduh, aku dah tua, xnak gaduh dengan si dia, ataupun si gedik itu.
aku tak suka gedik menggedik si gedik itu, tapi salah itu tetap berdua yang salah. kan?
aku tak bole salahkan si gedik je, aku diam dengan cara dan perbuatan aku, tapi cara aku sindir menyindir.
aku jahat, tapi aku tak kisah biar dia tahu aku sakit.

aku nampak kejahatan itu, aku update status kat fb, aku komen2 ngn housemate aku sama macam apa yang dia dan si gedik buat..aku buat ayat sindir, hakhakhakhak, aku jahat sangat2. kan kan .. aku tak suka blame sape2 depan2 biar dia tahu dia salah, tu cara aku. terasa pedas? padan muka kau.

then aku diam, xbercakap apa pon pada si dia, aku layan dia sama seperti biasa.
aku on call dia, sama je macam biasa. layan dia hepi2, pastu si dia cakap sorry. dah pulak kenapa sorry? da salah ye? aku tanya dia ada on9 ke? dia kata ada, aku tanya dah baca status aku? dia kata dah. okay.

aku tak cakap apa, aku cool. cuba cool. dia mintak, seperti biasa bila kesalahan dah dibuat kemaafan pasti diminta kan. aku ckap terus terang aku xsuka amik port hal remeh , itu bg aku hal remeh. kalau si dia sampai lari dr aku, itu tak remeh. bg aku selagi si dia ada dengan aku, selagi itu semua itu  remeh.

si dia suruh aku on9. da post lagu katenya kat wall aku, aku tanya lagu apa, si dia tak nak cakap .aku kata nanti aku on9.
dah 12 jam tuh baru aku on9 dan aku tahu sudah apa lagu si dia beri. aku terharu, aku terluluh. simple but sweet. cara dia tak pernah aku tak suka, hati perempuan.
tak sangka dia tahu dia salah. walaupun aku tak pernah tanya hal itu. kan hal remeh. aku suka . dia beri aku cara dia, memujuk aku dengan cara dia.


ni lah lagu yang die bg. nak dengar lagu nye? nnti tgk link kat bwah, bukak lah. serius terharu aku =='
tahu kau salah ye. dan aku hati perempuan, aku maafkan. =)

ce bukak lagu kat bawah ni. ni link die. lagu sixth sense  sumpah best, ngetop, leh wat aku terharu. =)

dari hati - sixthsense  =='


sakit sakit sakit jiwa, =='

sob, sob , sob .
haish hari2 aku makin la tension dek gara-gara kelas yang asyik cancel je memanjang. meh aku nak story sket. xnak dengar dah g balik umah. jgn duk cni! =='

ok, lupe nak bg salam. assalammualaikum, korang sihat? normal tak hari ni? aku harap korang tgh okay lah sebab yang x normal nye aku sekarang nih, aku tgh sakit jiwa ni, nak tak baca entry org skit jiwa..?

sakit jiwa aku ni disebabkan aku amatlah stresssssssssssss dek kelas memanjang je cancel, seriously dah minggu ke 6 kuliah aku kat uni sem ni, aku tak tahu apa aku belajar tuk subjek Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak.


cmni la jadinyer aku kalau stress je memancang. xmo xmo. xmo~~


lecturer tuh boleh pulak relax semacam cancelkan kelas setiap minggu. just for 1st week je kitaorang msuk kelas tu, tu pon die ngajar x ngajar je, burak je lebih.

aku xnak le nak ngata belakang coz cmne pon die lecturer aku, but klu dah macam ni xkan nak makan gaji je an, aku tak suke nak ngata2 gini tapi student boleh sakit jiwa klu tak tahu hape nak belajar, kelas lain semuanyer almost done dah silibus diorg. siap wat outdoor aktiviti lagi. best kot subjek ni, belajar cara nak jaga kesihatan dan keselamatan kids, aku nak jugak praktis kalau dah jadi cikgu tadika nnti, insyaAllah. tapi klu dah x belajar cmne nak praktis. an.. an... an..?


terselit pulak gambar aku ngajar, baju pink tuh cikgu tuh eewww. =='
gmbar hiasan je, klu aku x belajar susahlah aku nk improve skill aku, kan kan.

then, aku ni dah la satu hape pon tak paham for subject tuh.. gooogling je apa yg tak tahu, buku die pon aku malas nk beli. xde semangat aku nak study paper die, tapi 6 week lagi nak exam. xde aku berani xstudy ape2. hopefully aku xde la get bad kat paper ni, takut sangat2. pointer nak kena jaga, dah la exam sem lepas aku dah menurun mendadak. ntah ape la yang aku buat sem lepas.

sem ni aku wish la aku dpat terbaik n dpat naikkan pointer aku, tapi sakit jiwa ni klu dah ada pulak lecturer cmni. sabo , sabo , sabo, kang klu dah teruk sangat aku kena g tanjung rambutan. xnak haku, semua kawan sepesen je ngan aku. xnak xnak, huhu.

k la rakan2 sekalian, aku xnak la sakit jiwa aku ni berjangkit kat korang pulak.kau beredar dulu ye, best tak cite aku, hakhakhak, ape yang best an, org skit jiwa bercerita best ape. korang doa2lah minggu ni n seterusnya lec aku tu terbuka hati nak buat kelas, ameennn.. =)

Thursday 5 January 2012

Egy Azira.


Hai, nama saya Egy Azira, saya sayang Along sebab dia tua so wajiblah kan sayang orang tua? Haha, no lah exactly she's very perfectly nice tak boleh nak tengok usia, even tua still behave with a good attitude dengan kitorang. Dia kuat makan, selalu kalau makan she will finished up her dish, sumpah aku tak tipu, kalau dah kenyang pun dia still akan makan jugak! Haaa, nampak sangat kan dia kuat makan?

Okay, aku sebenarnya rindu gila dekat blog aku, like seriously hell, rindu! but you know sometime not everything yang kita nak tu boleh kita dapat or perolehi so aku macam, ohhh great, I'm great even tak dapat tulis tulis lagi macam biasa, sumpah hati mana nak tahan tapi you know macam aku cakap tadi, sokay, for me it's okay. Dah! Pap! Tutup cerita on how pathetic I'm writting using along blog, hahaha.

Back to the basic, aku sebenarnya nak cakap thanks dekat along sebab always, always support aku even sometime aku annoying gila, selalu macam kurang ajar ke, but still dia terima, and kalau ada yang tak terima, aku mintak maaf sangat. Tak mampu rasa nak balas jasa baik along sebab selalu lap airmata aku bila gaduh or apa apalah. jaga aku aritu masa aku sakit, nanti umur panjang aku balas, hahaha.

Anyway along thanks lah sebab baik hati walaupun dah tua, baik hati walaupun dah berumur, hahahha, semoga kita kawan lama lama, tak nak cakap sampai bila bila sebab kita tak tahu ajal kita kan :)
So thanks along for being nice for being great, me will always support you and love you, forever =)

                                                                                                                           truly from me Egy Azira =)

bila mood tension da menjelma =='

assalammualaikum. kengkawan. bloggers.



around 2 weeks ni, aku ni rasanya dlm tension je lah, stress segala bagai, sebabnya for this 2 weeks aku ngn dak2 kelas kena perform menari lagu tradisional ! lagu kurik kundi siti nur haliza pulak tuh. memang sumpah aku ni rasa cm ade benda berat je kat belakang aku nih, aku rasa cm de je benda contohnya almari  besar n berat nak hempap aku !!! huwaaaaaaaaaaaa..

aku la the most person yang paling tension sekarang ni dalam team menari tu, aku lah yg paling
kengkang n keras cm kayu kalo bab2 menari segala ni. hadooi. sumpah aku dalam tension je skang ni, sakit hati pon de asal lah aku kena menari ! dah tu perform depan orang ramai lak tu, dalam dewan orang ramai  segala. huwaa...memang aku menangis tak berlagu lah..

 tapi nak buat cmne, aku nak tarik diri x bole. dah aku dah di "list" kan org yg  kena menari. actually kitaorng kena buat performance time mini karnival anjuran hatta legga, syarikat getah kat Bestari Jaya .
mini karnival tu adalah sebagai satu pendekatan syarikat diorang nak dekatkan mereka dengan orang ramai dan student cm kami, kami ni student dip pen pra sekolah dipanggillah buat amal kat sana dan jugak wat persembahan. sekali gus bole lah syarikat diorang mempromosikan kilang diorang tu...
aku risau bebenor ni, dah dua hari da ni berlatih menari aku lah still kayu menari, mau tak nyer seumur hidup aku xpernah menari kot. dah kerepot ni nak menari , memanglah tulang aku da macam kayu keras yang xboleh dipatah2kan lagi dah. huhuhu..

hopefully menari tu akan jadik la nnti, takutynyer aku, risau klu menari tu xjadi gara2 aku, hahhahahaa...
dengan penuh rasa humble n malunyer aku memang nak ngaku aku tak pandai menari!!!!!!!! silap je aku ni, gelabah tak tahu nak ikut renatk tu, walaupun lagu tu skit punyer slow tu.. tu yang wat aku risau tu, tradisonal a.k.a kebudayaan betullah, huhu.
apa2 je lah , korang doakan aku menari tu xde hodoh nyer walaupun aku rasa da tahu ape la jadi nyer nnti . teheeee=)  klu da video nanti time perform , aku upload kan nyer =)

owh, arini pun sebenarnya atau sepatutnyer aku ngn dak kelas jugak kena menari tuk subjek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak, lecturer tu mintak kitaorang menari just sebagai perform di kelas biasa2 je. lagu untuk arini lagu kanak-kanak Lantai Indah n Bunyi Gitar by P.ramlee.. heee. tapi aku harap lecturer aku tuh lupa lagi nak mintak kitorang perform sebab dah dua minggu die cancelkan kelas. =) . tapi klu jadi ,aku uploadlah video menari yang ni, dan tgk la aku yg paling buruk di kalangan mereka2, hehehehe. =)

Wednesday 4 January 2012

saya sebagai student amat sedeh

                               
                               
                                                 


assallamualaikum, 
semua kawan blogger, aku  sedeh lah , kenape lah ada pihak yang bermulut dan bertangan yg xde 'insurans' sedap2 je  nak mengutuk2 dan tulis hal2 pasal institusi tempat aku belajar. 
sedeh ! sebabnya...
 aku baru je baca satu blog yang dah kutuk2 unisel. jatuhkan unisel cuma di alam maya. sedeh bila baca hal2 macam ni. jangan disebabkan beberapa pihak, seluruh unisel yang disalahkan. kepada si blogger tu, saya selaku pelajar unisel, bangga dan x pernah rasa menyesal belajar kat cni, awak tu xthu apa2 jangan menjatuhkan institusi kami sebegini, kawan2.. unisel student, we love unisel kan?apa2 masalah sket tu, adatlah . tapi bila ada yang buat macam ni, sedehla.. kita (student unisel ) ni yang tahu mcm mana hidup dan belajar kat cni. 
dalam blog tu tulis semua yang result cikai2 je dapat mohon masuk unisel. memanglah aku result xbagus mana pon, klu bagus aku dah ke oxford kot!  tapi aku dapat jugak masuk belajar cni. da jugak yang dah mohon xdpat masuk kat cni, xde semua nya result cikai2 je.
buktinya belajar kat cni aku na semua student okeh je, xda masalah pon, result , praktikal, n all the works kat cni terbaik kot.. malah dinyatakan student unisel apaling layak bila nak mintak kerja, sebab ada praktikum dan banyak buat praktikal n assigment kat luar, bukan semata2 akademik je,sedap je dia nak rendah2 kan taraf kami kat sini. haish, sakit hati  je aku bile tgk blog tu. 
memanglah student unisel da wat demonstrasi lah ape tu, tapi tu salah pihak yang lain, kenapa lah dia nak kutuk satu unisel tu? xpaham aku. 
k lah, ni je lah aku nak melalut lalut. nak cakap apa yang aku rasa as student unisel . oleh sebab masuk tahun baru ni, aku pun dah mula buat azam baru tahu kat unisel ni, azam aku ade lah, xnak cite , kang tak tercapai, da lagi blogger lain kutuk aku student unisel macam ni macam tu segala bagai kang. huhuhu. 
orait, sampai cni saje, salam. illal liqa' =)

p/s = sebagai blogger, jangan main tulis je semua benda, entry tu semua orang baca . tulis lah entry yang bebaik sket. kan?

Sunday 1 January 2012

happy new year, happy get old ! , happy of anythings !

assalammualaikum semua,

sihat tak? firstly, aku nak ucap selamat tahun baru , happy new year   kepada semua =)





tak caya makin  bertahun hidup dan bernyawa aku kat dunia ni, alhamdullillah, masih aku bernyawa smpai sekarang tahun 2012. tua dah aku. makin tua, makin berumur, makin byk perkara yang aku kena laksanakan dan biarkan semua yang aku idam idamkan tercapai !