Sunday 5 August 2012

resepi 3 : cucur udang


untuk bahan cucur :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
air suam
secubit garam
secubit kunyit
sedikit air kapur
udang (kecil atau besar) belah atau masukkan setiap seekor.
daun bawang( dihiris sederhana)

untuk bahan sampingan :



 ( direbus)
- telur
- ubi kentang

( digoreng )
- daging burger (goreng dgn sedikit bancuhan tepung gandum,tepung beras
                      dan air  untuk merangupkannya )
- fishcakes
- fishball
- tauhu

(dipotong nipis dan dibelah dua)

- timun





cara -cara :
  1. bahan untuk cucur dicampur dalam 1 bekas kecuali air suam.
  2. bancuh tepung sehingga tidak terlalu cair dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. kacau adunan sehingga sebati.
  4. panaskan minyak dalam kuali 
  5. setelah itu, cedokkan adunan besar2 dengan menggunakan senduk.
  6.  goreng sehingga kekuningan.
  7. selain itu, goreng juga bahan sampingan yang perlu digoreng.
  8. angkat dan ketepikan

untuk kuah : 

  1. kacang tanah dibasuh dahulu
  2. cili kering dibasuh dahulu
  3. 1 ulas bawang putih
  4. minyak untuk menumis
  5. asam keping
  6. sedikit gula
  7. sedikit garam
  8. air

cara : 

  1. kacang dan cili digoreng, kemudian dikisar dengan mesin pengisar.
  2. panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  3. masukkan kacang dan cili yang telah dikisar tadi.
  4. masukkan air ikut citarasa mahu pekat atau cair.
  5. masukkan asam keping, sedikit gula dan garam.
  6. masak sehingga kuah kacang seakan pecah minyak.
cara hidangan :





potong cucur dan bahan2 sampingan kecil-kecil, letakkan setiap bahan dalam pinggan dan letakkan kuah di atasnya atau boleh di cicah dengan kuah. sedia dimakan :) 

selamat mencuba ! 
dari zuriana :)



Friday 3 August 2012

resepi 2 : koktel buah

                                                               KOKTEL BUAH




bahan-bahan

1 tin koktel buah
1 cawan buah anggur yang dibelah (ikut citarasa)
15 biji jelly yang dibelah dua (ikut citarasa)
 Tembikai yang dipotong dadu kecil (ikut citarasa)
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
5 cawan air

cara-caranya

1. Masukkan tepung kastad, gula dan air ke dalam periuk. Kacau dengan  api yang perlahan sehingga pekat dan kastard menjadi berkilat.
2. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  

3. Potong kastad yang telah sejuk tadi dalam bentuk dadu bersaiz kecil.


4. Campurkan koktel buah, buah anggur, tembikai dan jelly bersama susu cair dan kastad tadi dalam satu bekas. Kalau manis sangat, boleh tambah air masak sikit. Untuk anggur,tembikai dan jelly tu aku saja tmbah . itu terpulang pada citarasa sendiri nak letak tmbahan bahan lain.



selamat mencuba ! 
dari saya, zuriana :)

resepi 1 : cupcakes vanilla


Simple Vanilla Cupcakes
Ingredients
·         1 stick plus 1 Tablespoon butter room temperature
·         1/2 cup plus 1 Tablespoon sugar
·         2 eggs room temperature
·         3/4 cup flour
·         1/2 teaspoon baking soda
·         1 teaspoon baking powder
·         2 teaspoon vanilla
·         2 to 3 Tablespoons milk temperature
·          
·         For the Royal Icing:
·          
·         2 egg whites (or powdered egg whites)
·         3 cups confectioners sugar
·         1 teaspoon fresh lemon juice
·         food coloring (optional)
·         sugared flowers (optional)
Instructions
1.      Put all of the ingredients in a food processor except for the milk.
2.      Pour the milk through the tunnel and process until smooth.
3.      Put the batter in the prepared muffin tins. Bake for 15-20 minutes or until brown in a 350 degree oven. Cool completely and then ice.
4.      Combine the egg whites and confectioners sugar in a mixing bowl and whip with a mixer until opaque and shiny, about 5 minutes.
5.      Whisk in the lemon juice to thin out the icing.
6.      Mix for a few more minutes until you reach the consistency for spreading on cupcakes.
7.      Spread the icing on the top of the cooled cupcakes.
8.      How cute are these sugar flowers?
9.      Top with a sugar flower and let harden.

Thursday 2 August 2012

ramadhan datang lagi :)

                                                           assalammualaikum.

aik, muncul balik? tenggelam kejap timbul kejap aku ni kan, hahahahhaa. malas la nak menghapdate belog. heee. aishhhh tak sangka harini genap la 13 hari umat islam berpuasa, dan aku pulak sekarang menjalani ibadah puasa ku di kampung halaman tersayang. seronok rasanya dapat berpuasa sebulan dekat rumah. bukanlah selalu kan, tak macam tahun lepas. aku berpuasa kat tempat belajar. sedih je bila nak sahur & buka puasa teringat kat family je.. nahhhh.. alhamdulillah tahun ni aku stay sebulan bulan puasa kat kampung. dapatlah segala macam jenis hidangan yg enak lagi berkhasiat dapat aku nikmati. hehhehee.

eh, lupa pulak. men nulihh je aku kan. sebelum tu aku ucapkan selamat berpuasa untuk kalian semua. Semoga bulan Ramadhan ini memberi kita seribu satu kenikmatan dalam melaksanakan ibadah dan diri serta keluarga kita juga dilindungi dan dirahmati ALLAH S.W.T selalu... amin. 

ucapkan untuk korang :)
 buruk lukisannyer.maaff . yg penting ucapannya ikhlas.hee.. :)

erm korang, memandangkan bulan puasa ni adalah merupakan bulan ibadat, kita sebagai umat islam haruslah sentiasa bersyukur kerana ALLAH beri kita peluang untuk terus beribadat.Bagi aku dengan tibanya bulan ramadhan ni lah masanya aku nak banyakkan amal ibadat aku, terutamanya bila kita berpuasa, kita solat, terawih, tartil alquran , berzikir dan bertahmid, termasuk juga kita byk bersedekah dan melaksanakan yang ibadah yang lain . Bukan ape, kadang2 kita terlupa atau lalai untuk perbanyakkan amal ibadah kita bila bukan di bulan puasa. Sebab itulah aku rasa bulan yang mulia ni kita dapatlah beribadat sebanyak dan semampu yang mungkin. Namun , tak bermaksud ibadat kita hanya dilakukan di bulan puasa sahaja kan, insyaAllah teruskan ibadah ikhlas kita ini sepanjang hidup, sepanjang masa dan kita akan mendapat ganjaran dan pahala yang besar dan keampunan dosa serta keredhaan Allah sepanjang masa dan kebahagiaan hidup yang abadi . InsyaALLAH. 

bulan mulia, bulan ramadhan paling dinantikan :)
Syukur Alhamdullilah jugak sampai ke hari ke 13 berpuasa ni, aku masih diberi peluang oleh ALLAH meneruskan perjuangan dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat islam. Subhanallah. :)

ermm.. korangg. bila cerita bulan puasa ni, mesti lah sinonim dengan makanan dan masakan kan? rezeki kita juga pastinya semakin bertambah kan, dan ingat jugak jangan kita lalai sampaikan kita buat banyak pembaziran di bulan puasa ni, makanan biarlah ala kadar dan cukup untuk kita dan ahli keluarga makan. jangan sampai  makanan2 tu nangis sebab tak dapat masuk perut kite, dapat masuk tong sampah je :( sedih kan die.. tak baik taw. 

ha.. bila cita pasal makanan pulak, bulan baik ni aku berbesar hati nak kongsi byk resepi untuk korang. seronok sgt sebab bulan puasa ni lah aku nak meningkatkan ilmu memasak aku, hee. Sebab tu aku nak kongsi beberapa resepi yang ada aku cuba masak sepanjang bulan puasa ni . Tak lupa jugak resepi2 yang mak aku masak ( biasalah tak semua hidangan berbuka aku yang masak, mak jugakk yg masak ) heee. okay korang nantikan yer aku akan update kan nanti :) insyaAllah bulan baik ni, kita kongsi ilmu dan amal bersama :)