Sunday 29 November 2015

Putus cinta? Kuatkan iman. Kuatkan hati. Kembali dlam dunia blog.

Assalammualaikum.....
Malam ni secara tak sengaja aku terasa nak tulis blog yg dah aku tggalkan almost 3 years. Kesian my dear blog.
00.48 a.m
Mata ni dah nak pejam sbb nak menikmati tidor ku di atas tilam dengan bantal peluk ku last2 ter feeling lah pulak. Terbatal niat nak tido. Okaylah aku nk bhasakan diri aku akak la. Sbb mmg akak2 pon. Thun depan (sebulan ja lagik) dah 26 dah.
Eh ada lagi ke org men blog dah tua2 ni. Haha ada kan.. 
Sbb duk meniti masa tua ni la blog ni lama tk diterjah. Tp dek malam ni akak terbaca.satu entry oleh one of blogger kita yg sgt membina. Akak terpanggil nak tulis blog akak ni. Kahkahkah.setelah skian lama.

Ain blogger ni ada post entry tntg move on dlm hdup after we had break up. Yeasssssaaa.. Akak salah sorg yg tgh move on. Tapi akak masih or lgsung tk kuat nak let go. Srronok baca entry ain ni. Terlalu membina. Ni ha ce klik . Move on and let go ..thanks to ain yg dh buat akak tersedaq dari mimpi sedih ghupanya ada ramai ja yg mcm akak. Putuih cinta. Akak ja saja wat lembik. Ok dah tk mau lembik lagi dah. Rugi ayaq mata. Kan kan. Apa pon akak bersyukur Allah bg akak ujian ni. Mcm ain ckp Allah nak kita ingat dia pulak. Duk bercintan sgt sbelum ni , lani bru nak beriman lebih. Hikhikk. 
Apa pun yg berlaku dalam hdup kita adalah bersebab. Perkara yg sedih dlam hdup kita mgkin perit gila kita nk tempuh tp bila kita redha kita akan ada pluang dan lebih byk pluang utk rasa bahagia. Kita ja yg tk sedaq allah duk tolong kita bukan susahkan kita lagi. Kita ni pon dtg dr Allah. So kita milik dia. Dia nak kita rasa gmbira,sedih smua ni utk kita ingat Dia. Sma ja kot mna pon kena INGAT ALLAH. Hdup kita anugerah dr ALLAH kan.

Dear u, 
Wlaupun apa yg jdi ni aku tk pernah kuat. Tapi aku redha. Hang konfirm ok kan  . Kalau hg pon rasa tk okay tkpa doa ja wey. Kalau ada lagi pluang kita Allah tolong.kalau takda , its not our fault. Its takdir. Aku tkdak kuasa apa nak bg hg syg aku semula macam sblum ni. Aku paham hg boring kot 7 tahun ngan aku ja. Aku pon tk pernah sgka kita p sejauh ni  . Cuma Allah tak izin kita p jauh lagi. Herrmm . 

Okey bab kita break ni, aku tk pernah nak salahkan hg seratus peratus. Aku pon belambak salah ngn hg. Benda yg jadi ni sbb aku yg ketegaq aku yg mndesak hg. Aku tw aku salah. Tapi aku ni jenis klau dah syg aku jd terlampau syg. Tu payah aku ni. Aku bole syg manusia smp lebh dr diri aku sndiri. Last2 aku kena cmni.

Hg org yg satu2 nya buat aku bahagia buat aku get up and be someone. Hg la duk support aku selalu. Hg la kawan hg la musuh hg la ustaz hg la ckgu hg laa motivator hg la merangkap jiwa aku. Sbb hg duk bg harapan yg terlalu membina tu yg aku jadi gak la someone. Berkat doa mak pak aku dengn ada hg almost my entire adults life ni aku rasa aku dah ckup baik jadi manusia. Sbb hg mmg org baik, family aku pon dah okay ngn hg. Cuma aku ja tak pernah layak utk hg kot kan  . Aku takat ni ja mampu jadi diri aku. Aku tk leh jadi lebh dr apa yg hg hrpkan  . Cuma aku konon nya nak la lgkapkn kkurangan diri aku dgn smpurnakan hg. Sama2 kita smpurnakan diri. Tak kesampaian pulak.
Hg kena ingat okey, selama ni hg ckup baik utk aku  , cuma yg tak baik tu kita sama2 wat salah. Biasalah bercinta kan. Apa saja salah dlm percintaan kita aku tk bole nak kata apa. Alhamdulillah kita tak sesat jauh , kita jaga fitrah sbg org islam. Yg tu aku respect hg.sbb hg tk pernh salah membimbing aku. Hg jaga aku baik2. Jaga maruah kita. Tp aku terkilan la...

Jd ujian mcm ni kita ni dh mcm org yg tk penah kenal pon. Hg jgn ingt aku kuat. Aku tk penah kuat. Tapi aku try bgun. Aku mngaku aku nak hg. Kalau tak tkdak la sebelum ni (time aku aktif tulih blog) aku post semua pasai hg. Dah sah2 blog ni aku wat utk post pasai hg psai kita. Story life kita lah konon. 
Tp setakat 7 tahun ni ja yg bertahan. Last aku post entry pasai kita dah 5 years. Hg rajin hg belek lah entry aku sblum ni.
Aku tw hg tk pernah tw n tak pernah merosek2 pon blog aku ni. And seriosly aku ada duk post pasai hg. Sbb aku cinta mati kt hg. Tp utk thun ke 7 ni hahaa tak sgka aku post pasai kita dah nothing.

Tkpalah,benda dah jadi.. Aku doakan hg selalu bhagia  selalu diberikan kenikmatan di dunia. Rezeki melimpah dan yg pasti aku doa hg dapat jodoh yg smpurna yg bole bwk hg p syurga sama2 .aku tk layak. Aku out of list dah. Aku redha. Tp aku yakin Allah pon akn bg yg terbaik utk aku. 
Kalau Allah tetap bg hg kt aku , tu reward plg berharga lah aku dapat. Kira jodoh kita kuat lah. Apa yg jadi aku tawakkal ja.. Aku tak mau kata apa. Aku kena teruSkn hdup ja. Aku hrp hg pon sama. Move on tu pon klu hg bersedih gk la. Klu hg sket pon tk rasa apa about break ni lantak hg la. 
Aku nak ckp apa yg aku rasa ja. Aku syg hg dan aku mgaku susah gila nak buang hg dan smua kngan. Klau aku lupa ingatan len cerita. Ni duk ada lagi alhmdulillah kuat lagi ingatan aku. Aku kena pksa mmories kita tak terjomboi keluaq ja la kot minda aku ni.

Okay
Pesan aku. Jadilah lelaki yg matang.yang beriman . Yg pndai bawak diri yg bole bimbing seorg wnita. Yg banggakan mak pak. Yg mati nya nanti yg pnting dlm iman. Aku hrp hg bole tolong doa kt aku sama. Doa aku msuk syurga pon dh ckup. 
Segala dosa yg kita pernah lakukan, kita harap Allah ampunkan. Aku ampunkan hg. Aku tak smpan dndam. Dont worry. 
Last words, klau Allah izinkan ajal aku yg smp dlu aku nak hg tw selama ni mmg aku ikhlas dgn hg . Kalau Allah izinkan jodoh aku smp dlu. Doaakan aku bahagia smp syurga. 
Terima kasih sbb dah jadi sebahagian dlm hdup aku, jd sbhgian dlm fmily aku, jadi tulang aku  slama ni. A.M . HATi,iloveyou. 

Nitez , zuryana. 
29 11 2015. 1.27 am
In memories relationship..
6.10.2008 - 16.11.2015
7 years . And its so priceless. 


Sunday 13 October 2013

berhabuk sudah blog aku.

assalammualaikum.
lama tak berjumpa. lama tak berborak. lama tak menaip. lama tak membaca. senang cakap rindu kat blog. aku kembali lagi menyingkap blog aku, menyelongkar blog ini sebab aku rasa dh lama sgt aku tinggal smpai bersawang dah blog ni. sepanjang aku abis belajar pastu praktikal dah langsung tak menge update apa2. byk sebenar benda nak diceritakan. segala kenangan masa praktikal dan betapa besarnya perasaan aku dapat menjadi salah seorang tenaga pengajar di Sk TTDI JAYA shah alam. well . next time post aku will about praktikum aku . then bersambung pulak dengan kisah aku berkhidmat sebagai juga seorang guru taska/tadika di CENDEKIAWAN EDUCARE di putrajaya. alhamdulillah abis je praktikal aku dapat job ni dan dalam masa yg sama aku dpat job ni sebab aku ada masuk kursus Sistem Lathan Dual Nasional (SLDN) yang mana bagi aku kursus ini adalah kursus yang sgt berkesan dalam melahirkan para pkerja yang berkemahiran dan insyallah bakal menjadi warga industri yang berkaliber dan berwawasan. kursus ni salah satu jalan meningkatkan cara kerja seseorang dan dalam masa yang sama mempraktikkan apa yang dipelajari ke alam tata kerja nya iaitu melalui kaedah belajar sambil bekerja, tak lama tempoh kursus ni. hanya 6 bulan tapi hasilnya alhamduliillah bermakna sebab nya aku dpat merasai pengalaman konvokesyen yang begitu besar bagi aku. majlis graduasi peserta kursus ini diberi peluang graduasi di 1 majlis konkesyen yang mana penyampai sijil adalah menteri sumber manusia, Datuk Richard Lim. Memang gelabah lah nak naik pentas msa tu dgn menteri pulak yang penyampai nya.

cerita itu semua akan aku update dan kongsikan dengan semua. wait ~~~~

Wednesday 13 February 2013

PAGI




                        
                                                                             
  


Pagi.
Heningnya pagi ini sungguh indah, terasa damai dan tenang. Terdengar bunyi kicauan burung, alunan zikir di masjid, dan si gagah ayam berkokok mengejutkan para penghuni alam yang mungkin masih dibuai mimpi. Sungguh indah, ya indah pagi ini sama seperti pagi yang lain, apatah lagi baru sahaja pagi ini dituruni hujan, dan bangunnya aku dari tidur pagi ini aku berasa begitu bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas, syukur alhamdulillah.
Namun, suasana  pagi yang indah ini hanya aku rasai ketika kakiku menjejaki tanah kampungku, desaku tercinta. Nun di utara tanah air, terletak di sebuah negeri digelar KEDAH. Dengan adanya sebuah lapangan wahai lebarnya padi, ya begitu indah pasti indah. Begitu berbeza ketika aku berada di kotaraya , pagi aku hanya dipenuhi dengan hiruk pikuk sang kota. Mungkin paginya juga indah. Terasa tenang dengan suasana hening sama seperti di desa, namun tiadalah si burung, si ayam mengalunkan suara merdu menghiburkan suasana.
Biarpun begitu, ianya tetap sama. Sama , juga pagi , dan apabila pagi itu, aku sama akan merasai keindahannya namun dengan suasana yang berbeda. Pagi, juga tandanya aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidupku . aku masih diberi hari, dan aku bakal mendapat hari seterusnya. Alhamdullillah.
Dan,
Aku perlu menghargai hari-hari yang diberi, aku perlu membuat tekad agar memperbaiki jalan hidupku sehingga hari yang mendatang. Semoga setiap pagi yang kita dapat akan dirahmati dan setiap pekerjaan kita menjadi lancar. Amin ya Allah.