Wednesday 30 May 2012

kesian aku tak tahu.

kesian, aku tak tahu camno nak letak anigif ni kat blog, kat tepi sini
----------------------------------------------------------------->>
hahahahah, dah buat anigif cecantik, budak sorang ni tak reti pulak. how to do? ajar aku kojap =p.
aish. takpe la korang tgk dulu anigif aku buat ni, hehe, saja2 gedik melampau. konon sweet buat benda ni.
 k bye.

             

Tuesday 22 May 2012

aku ada kau ada????

assalammualaikum. okay entry yang 20 hb 2012 baru nak buat. hehee.. entry aku kali ni, adalah entry aku sangat2 lah teruja dapat jumpa artis. kikikikiki.. semalam aku ngn housemate aku , si mira jiwa  kami berdua je pergi kompleks sungai buluh.. asalnya aku nak cari ink printer. nak beli yang baru  sebab ink printer aku yang baru je beli dua minggu lepas dah abis. tapi jadikan cerita ink printer kemana, ape ke mana, aku bole pulak jumpa artis2 ni.

diorang ada wat promosi filem "aku ada kau ada" .. artis yang ada shaheizy sam, yana samsudin, kamal adli & wanna ali pelakon baru. teruja gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . hahahaha.
sumpah amat2 lah sporting diorang ni.. gila2 lah, dengan diorang ada buat permainan time tu. panggil peminat naik atas pentas, aku konfirmlah tak naik atas pentas tu. kan kan. diorang sporting n gila2 abis.. :) yana samsudin kalau korang nak taw sgtlah comelll dan pastinya shaheizy sam and kamal adli sgt2 lah hensem, aduh jatuh cinta. hahahhaha.

mula2 nya kami  bajet malu + segan tak nak amik autograph n naik atas pentas amik gambar. tapi bila tgk cd yang diorang jual untuk dapatkan sain artis tu masih ada. kami belanjakan sorang rm 10 beli cd tuh n naik jugak atas pentas yang sangat memalukan , tebal sgt muka time tu. lantak lah janji aku dapat amik gambar. hahahahaha. okay ni ha. tgk lah... jeng jeng...!!!!! 

p/s : korang jangan jeles ! hahahaha =p



game peka or tak peka oleh kamal adli n yana

shaheizy sam n yana ada nyanyi lagu ost filem tu.

both are handsome!

kamal adli :)

yana sempat buat peace time saya amik gmbar! sporting lahh :)

my housemate amik gmbar dia time ni, smart abiss :)

taraaa! cd soundtrack film aku ada kau ada.sain tu penting!


me with kamal adli. teruja smpai sekarang :)

sam sgtlah hensem!!

with pelakon baru. wanna ali :)

mira with kamal adli :)

mira with sam yg time ni sempat tolak kamal tgh interframe camera! haha

me with yana samsudin! :)

ha, satu lagi teruja sebab yana samsudin balas tweet aku kat twitter , hahaha. :) 


see, ala balas hye je aku yang gelabah. haha

p/s :  korang.. aduh maaflah gedik lah aku. bukan ape teruja sekejap. maklumlah batak jumpa artis . hehe  =p


Sunday 20 May 2012

berjaya buat header baruuu :)

assalammualaikum!!
 huh, seronok nih. sebab aku dah berjaya wat header baru kat blog ni, kihkihkih.. 
jeng jeng jeng.. apa macam ada cute jugaaaa??? hahahhaha.
seronok aku edit2 , add & remove apa yg patut kat blog ni, dapat jugak hasilnya. dan aku puas hati. walaupun simple je bhaii.. simple is nice kan, memanglah blog aku tak hot2. tak cute2 lagi poon. sebabnya aku tak pandai bab2 ni. almaklumlah new blogger :) 

ni lah doodle yg aku amik dr blog lyssa. cute gilerr!

satu lagi pon kiut, aku wt header aku, heee .lyssa sgt kreatif :)

header ni aku buat dengan my housemate aku, kitorg reka2 jadi jugak. thanks a lots kat blog lyssa ! sebab dah bg org tak kreatif cm aku ni , amik doodle dia, dia wat cumel2 aku tahu edit jee.muka tak mauluuu. sorry lyssa! sebabnya aku nk buat header tu biar panjang. btw, background aku n ada lah yg lain2 tu aku amik dr blog dia dan aku buat panduan , sumanya daripada  tutorial kt blog lyssa faizureen ni, siapa tak kenal dia kan, si blogger yg cute n byk bg tips. heeee.

okaylah, aku nak belek2 lagi sekali blog tak comel ni. (bg aku cumel) kikiki.. mungkin bg korang tak. tp takpeee. citarasa masing2 kan. k klu korang nak tgk doddle, tutorial yg hebat2 jgn lupa singgah blog lyssa okeyh..? k salam, nitez. aku nak tidur setelah penat. kikiki. bajet punya blog ngetop giler. walhal simple gilee.. ngeeeee.. k bye2 korang.heee. wasssalam :)

Tuesday 15 May 2012

bosan .

assalammualaik' salam sejahtera n salam ukhwah pada kawan2 blogger sekalian. hopefully semuanya sihat okeyh. aku alhamdulliilah masih diberi kesihatan yang baik. hidup yang msih sempurna. masih mampu menekan keyboard mencoret disini. aku meyusun ayat demi ayat. aku mahu nyatakan sesuatu , apa yang aku fikirkan ??

sekarang ni aku fikirkan adalah bosan. BOSAN. kenapa dengan bosan? apa itu bosan? bosan tu cmneee eh?aduhhh.. aku bosanlahh. aisshh. takde pape ke nak buat? bosanlahh, bosan sngat aku hari ni, bosan yang tersangat bosan, okay aku bosan dengan semua ni. bosan giler entry die nihh.. eh bosan lah tgk kau melalut! okay2..aku tak melalut dah. korang jgn marahh... hewheww :')

pandai baby ni, dia pon bosan jugak :)
                                                       
aku sebenarnya nak mencoret tulisan bertajukkan bosan. apa eh bosan? kenapaa..? okay aku sebenar2 nya saat ni, pada masa ini aku rasa bosan yang terlampau. aku bukan takde asgment nak dibuat, tapi aku malas, aku bukan saja taknak buat kerja tapi byk lagi aku bole buat, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, kemas rumah.. aku bosan bukan sebab internet slow , klu tak takkan aku bole tulis entry ni. tapi aku bosan sebab aku rasa bosan dengan apa yang aku ada. aku nak yang lebih baik. aku nak apa? aishh tak bersyukur lahh.. 

                               


aku sebenarnya nak kehidupan yang lebih baik. hari kian hari aku berdoa, aku bertawakal kepada yang maha Esa, aku mohon kepada-Nya , aku minta peluang aku ubah cara hidup aku. aku mohon  dapat buat hidup aku jadikan aku seseorang yang bole dibanggakan, bole dipercayai, bole diyakini. aku nak jadi keindahan dan kebanggaan pada pandangan mereka2 yang aku sayangi, my family of course n for someone i wan't live with. InsyAllah kalau ALLAH izinkan kami.  kenapa? kenapa aku rasa macam ni? okayy..

                                                

aku dah penat. aku dah tak nak main main dengan hidup aku, aku perlu ada azam. aku perlu buat satu iltizam yang smpai aku bole capai dengan sebaik mungkin, aku nak satu hari nanti aku adalah seorang yang dibanggakan. bukan dibangga dengan populariti, tapi dibanggakan dengan sebab aku mendapat nikmat sebuah kehidupan yang sempurna, kejayaan diri yang tak terbatas, keyakinan dalam diri yang tinggi dan menjadi insan yang mulia di mata semua serta yang diredhai oleh maha agung ya ALLAH. aku takut umur aku yang semakin 'menggarap' tua ini bakal jadikan aku insan yang penuh penyesalan. dan sebab itu aku perlu ubah segala yang bole agar aku dapat mengacak bangunan kejayaan, kegemilangan dan keimanan yang tinggi dalam hidup aku. InsyaALLAH. beri aku semangat kawan-kawan, beri aku dorongan kawan-kawan. aku tak nak terus terusan merasai bosan. aku penat.

sekian, syukran jazilan coretan ku, korang fahamkan apa yang aku nak smpaikan, aku harap korang juga tak kan bosan dengan hidup korang. terus kan hidup korang tapi lakukan ia, perjalanan hidup korang.. dengan mencapai segala kebaikan dan kejayaaan yang anda bisa dapat sebaik mungkin :) wassalam .


Saturday 12 May 2012

dia penentu bahagia aku.aku penentu bahagia dia :)






Assalammualaikum.. CINTA?? eh apa itu cinta, bila kita cakap pasal cinta semua orang suke kan. aku suke ,sesiapa pun suke. aku teringin, semua orang pun teringin nak rasa cinta. ape cinta kita tak tahu pada mulanya. bila kita rasa, kita alami perasaan tu kita tahu bestnya bercinta dan bila ada cinta dlm hati kita, mulalah kita nak senyum sorang, nak berangan bagai. nak jadi macam orang gila dah kan. orang gila pon tak macam kita. kan .

tapi kita kadang2 tak pernah hargai cinta, kita kdg2 buat remeh hal cinta. cinta bukan untk diremehkan , cinta ntuk dipertahankan, cinta susah dilepaskan, cinta juga sukar dilafazkan tapi bila kita dapat rasa, kita bahagia. apa bahagia? bahagia tu kita rasa seronok ada orang syg yg kita cinta, cintakan kita jugak, apa kita buat semuanya dipandang sempurna, apa kita cakap orang yang kita cinta tu suka, kita macam si cinderella dapat puteranya, happily  ever after. tapi bila kita dah dapat perasaan tu kita tak jaga betol2. ala, cite cinderella ending smpai tu je. happily ever after, last2 ada jugak konflik nye. kita kata cm tu. kan. . memanglah. tu kan cite dongeng.

tapi sebenarnya kita pon bole rasa cm tu. senang je, kita pertahankan cinta kita kat orang tu jeee.. macam mana ye?ala tahu ckap jee.... susah taw. mana da org yg betol2 janji ditepati. mulut kata lain hati kata lain... .tgk tu, kita cakap cmtu. kita ngomel sorang2.. (ckp memang la senang, last2 break jugak. hilang jugak cintan2 tu) ..kita pkir mcm tu dlm hati.eh! aku bole baca fikiran korang lah, hahhaa. ye la. aku pon pikir cm tu.

biila je kita cakap sal perhubungan ni , kita mulalah nak bg pendapat masing2 kan. kita kata biasalah lelaki..lelaki kata biasalah perempuan... hahahaa. semuanya salahkan diri masing2, kan. tapi sebenarnya kita dapat buat bahagia tu kekal, cinta tu kekal. kita blame kan diri kita balik. kita pandang kanan, kiri, kanan, atas , bawah, belakang kita cube yakin kita sebenarnya bole. cuma nak tak nak jee.. kan kan..

aku mula rasa bersalah dah ni, aku blame diri aku. tahu tak sebab apa. sebab aku dah buat penentu bahagia aku smpai akhirat terasa dgn aku. kecewa dgn aku, kurang yakin dgn cinta aku, pada muka aku. dah spoil. aku lah salah. aku macm korang jugak, nak pertahankn ego. slahkan dia jee. eh korang tak. aku jee..hee.
aku blame diri aku. aku yang silap. aku yang dah buat dia marah. dia elok2 bg aku bahagia aku spoilkan pulak, aishh apa da aku ni, sepatutnya aku kena lah pertahankan cinta aku, ahhh jiwang je.. okie, point utama aku nak ckap itu lah. aku tahu dia leh bahagia kan aku. aku syg dia. dia syg aku. aku cinta dia. dia cinta aku. aku bahagia. aku rasa bahagia tu. aku untunglah , hahaha, bangga sioott.

aku menyesal. aku cuba nak perbetulkan salah aku, insyaallah aku nak jadi penentu bahagia dia smpai akhirat dan jugak sebaliknya, dia penentu bahagia aku smpai akhirat. aku tak buat lagi salah aku sayang, AM. aku sayang kamu. terima kasih beri aku rasa bahagia. maafkan khilaf ku, tapi yang satu jangan kau sangsi lagi, jangan ragu2. jangan keliru. yang pasti aku akan terus bahagiakan kau. :) insyAllah sampai akhir hayat aku, terima kasih for staying with me until now. terima kasih buat aku bahagia. terima kasih dah buat aku seperti mana aku sekarang, sentiasa senang, sentiasa tersenyum. tapi aku yang khilaf dalam hargai cinta kamu. aku menyesal. cintai aku sepenuh hati kamu :) terima kasih ALLAH pertemukan aku dengan dia. kekalkan perasaan kami yang indah ini ya ALLAH. 

p/s : aku tahu masing2 da pendapat masing2. aku minta maaf kalau aku khilaf,ini cara aku menulis, cara aku sendiri tafsirkan cinta. sekian, wassalam. :) syukran jazilan.

Wednesday 2 May 2012

gadis kampung pon nak posing ..?

assalammualaikum. entry bru aku nak cerita aku anak kampung. aku lega dan bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dr kampung. :) bangga kejap. anak kedah lagi gitu...heee. ala bukan nk bgga mana pon,cuma kadang2 rasa bangga bila ramai orang nk tggal kat kampung, tmbah2 kat kedah dengan adanya bendang ataupon sawah. aku memang bukan anak pesawah, tapi rumah aku masih berdekatan dengan sawah. kalau bahasa kedah bendang la.hg tu anak utara oiii.. ingat sket....hahaha.

ha, dah tu aku n my bestie, ILA. saje2 lah bergmbar kejap sekat bendang. saja lah abaq mai. nak buat cewi sket tnjuk kat hampa yang tak duk kat bendang, hahaha. kejam dak kami? padan muka hampa.
sebenarnya tempat ni, aku suka sebab antara tempat yg aku rasa cntik kat kmpung aku, seronok amik gmbar kat sini. 
ha, mai tgk gmbaq2 kami ni, saja lah kami buat galak posing2.aku tak gheti posing pon, bek mber aku ni lagi pandai posing. saja kami boring2 p lah posing sat tgk padi hijau bukan main ni. lawa betoi pemandangan masa ni....




















surprise birthday party lagi :)

assalammualaikum. tgk title entry aku, eh birthday suprise lagi? apa lagi yg aku nk merepek lagi ni kan, hee, tak de juz nak kongsi lagi satu cerita aku dapat 1 lagi suprise birthday party. aritu dpat dr mber kelas. kali ni mber baik aku n mber2 bru je aku kenal dan rapat, but diorang sgt lah baik ngn aku. actually hari tu aku smbut birthday tak sorang, tapi berdua. aku diberi surprise sambut dgn salah sorang mber yg same faculty dgn aku. mber baik aku, Ila buat surprise birthday ni untuk kami berdua. huuu terharunya. diorang buat pada tarikh 14 mac. dua hari selepas aku diberi suprise oleh mber kelas. hee. yes this year 2 kali kejutan birthday lagi aku dpat, sama macam tahun lepas,....kkikiki, ramai syg aku, hahahaha,perasan..*winkwink*

okey sekali lagi aku tahu entry aku dah tamat tempoh, entry sepatutnya bulan 3 aku tulis lwat,dah bulan 5 pon, hee. tak da mase lah aku nk menulis blog ni, klu aku ada mood aku akan tulis. aku bukan blogger tegar pon, ni aku tulis juz tanda aku tak lupa memories ni, biar stu hari aku baca, aku akan ingat kenangan manis ni. 
14mac2012 , mber aku cakap nk beli kek untk aku, malam tu kami keluar makan. aku bwak dua org dak rumah aku n dia bwk kawan2 dia yg juga aku baru je rapat ngn diorang, kami amik dua meja dan duduklah makan2 besar, heee.  besarlah jugak, order macam2 siap mber aku belanja lagi, hee. sukesuke. kiki.. 

okey , dah dpat kek tu aku dan ana yang smbut birthday sekali tu potong lah kek walaupun sebenarnya dua2 orang belated birthday time tu, alhamdullilah dapat kek lagi, heee. sangat seronok malam tu makan2 ngn diorang semua. ribu-riban terima kasih aku nak kasi kat ila my sweet friend yang dh wat semua ni untk aku n semua. ni ha gmbar2 nye, semua yg ada buat aku happy sgt :) 







here, my lalink, ILA. yg dah buat semua ni :)



alamak, nmpak gigi siong aku '',

dah abis makan2, kami jalanlah balik ke hostel. jalan kaki je sebab kedai makan dekat je..dalam uni jugak..tgh jalan tu aku nak pegang barang apa2 semua diorang tak kasi dan aku hnya jalan ngn ila, ila kata nak story sesuatu kat aku tak pe lah aku pon jalan smbil dgr cerita dia dan tanpa disedari aku diserang!! alamakkk apa ni! huwaaaaaaaaaaaaaa aku diserang tepung dari belakang, syidee!! jahatnye..dia bling tepung tepat atas aku,huwaaaa!!

 aku kejar lah sorang2 tapi malang tak dapat pulak, dah tu geram punya pasal ! aku kejar2, diorang men sorok2 pulak. dgn buang tepi rasa malu badan n muka penuh tepung aku dah macam zombi aku duduk je kat dewan tu, okey aku tak tahu apa lagi taktik diorang. aku nk blik tak bagi. pastu kami pergi tempat lain duduk2time tu semuanya cover2 , masing2 ada taktik lagi,aku tahu semuanya tgh berakal lagi.. macam2 kami buat untuk serang setiap sorang. haha. birthday aku apa aku kisah. semua perlu kena jugak, ana yg smbut dgn aku subahat, tapi dia patut kena jugak, last2 dah macam2 cara seronok punya kitorang main tepung.. hahhahahaha . 

semua yg lalu pon tgk je lantak lah. haha.. puas rasa dapat main kejar2. smpai dak rumah aku nana, dah terjelopok jatuh, hahahha. sngt seronok main tepung malam tu. semua dah macam zombi dan okey lihat hasilnya .. ni ada gmbar nye.......kikikikiki.. best jadi zombi.heeee..







aku ni masuk kali ni dah berapa kali main tepung, setiap kali birthday mber aku msti kena sekali dan thun ni birthday aku aku kena lagi tepung, nasib baik tepung..tak macam tahun lepas my birthday 12 mac 2011 , aku kena tepung, air sirap,nescafe basi, milo 3in1, air berbaldi2.. thun lepas aku kena dgn budak rumah aku my lovely housemate n mber2 lain diorang plan baik punya masa tu aku kena simbah sirap dan tepung.. smpailah kena ngn dak rumah aku sampai rumah kami basah n kotor habis, hehehhehhe. tak sgka thun ni kena lagi. dgn mber2 lain pulak. aku syg korang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

kat bawah ni aku tunjukkan sket gmbar birthday thun lepas yg dorang my housemate dgn my lalink, farah.. suprise kan aku kek jugak. secret resepi chocolate indulgent. mak aiiii sedappp gler... sekali lagi thun ni farah belikan kek untuk along. along adalah nama yg dorang panggil aku kat unisel. sebab aku paling tua dlm rumah aku, hee. time ni kami pergi pantai jeram. kat kuala selangor, dorang buat taktik egy, housemate aku kasut putus, aku nk pergi tgk tak bg. last2 thu2 dpat kek. dorang bawkkan dr belakang..hehhee. tq yayang2 kuuuuu. mmmmmmmmuuuaaaaaaahhhh!! along sayang korang :)

walaupun ini cerita tahun lepas aku selitkan jugak, aku buat ni supaya aku akan terus ingat selama aku kat unisel ni, aku disambut birthday. yg semuanya sgt2lah sweet of the year. sumpah aku tak mintak semua ni, tapi aku bersyukur korang semua buat ni untuk aku. aku mintak maaf kalau tak dapat jadi kawan dan kakak yg terbaik untuk kalian2 semua........... tak dpat nak di balas semua ni, terima kasih aku ucapkan  :)
tgk2 lah gmbar2 ni. memori thun lepas . sweeeet sgt. happening gler lor.. tak nafikan lagi, aku syg mereka semua. 






someone dlm gmbar ni, sekarang dah kurus slim melim, cantik lorr.
maaf nyer along publish gmbar dulu2.heee
 okey kali ni dah dua kali birthday aku dismbut kat pantai.thun lepas pntai jeram, thun ni pantai morib ( nk tgk go to order post bwah ni) heeee :) .rindunya kenangan2 ni.... thun ni dh nak abis belajar, haishhh.. nti masing2 dah buat hal sendiri.. ermm rindu rindan la nak rasa kenangan macam ni lagi :('