Friday 29 June 2012

pujian buat movie jalan kembali bohsia 2

assalammualaikum. 

sekarang jam dah 6.56 pagi. tapi aku nak jugak tulis pasal movie yang aku pas tgk ni, sanggup berjaga kot nak tgk movie ni punya pasal. walhal ada je tersimpan movie ni dalam lappy tp tadi nya saja2 je nak tgk sket sebelum tido last2 smpai ke ending aku tgk , tak ke sampai subuh ni ha aku berjagaa.. hehee. sebabnya movie ni sangat gempak. bagi aku movie ni patut diberi pengiktirafan sebab lakonan pelakon dalam bohsia 2 kali ni sangat2 lah mantap. 

                                        

actually is paling utama bagi aku movie ni bertambah mantap sebab adanya penampilan zizan razak yang sangat lah mengong tu.. hahhaha. lawak kat die jee..bongok je zizan dalam cerita ni. hehe. watak zizan sebagai ijan ,kwan baek si hero kita syamsul yusoff (muz) dan die tu asyik wat lawak je. dah nama pon pelawak kan, hhehhhee..

tapi part keduanya paling best sebab lakonan si sofi jikan ni yang aku rasa mantap lah, dah serupa orang kena rasuk syaitan aku tgk die berlakon bawak watak jahat dalam ni. antagonis benor watak die..huhuhu. pandai jugak die berlakon, kalau tak sebelum ni aku kenal dalam zombi kampung pisang je. rupanya kali ni die bawa watak "si jahanam" dalam movie ni sangatlah menjadi. so paling tepat n lebih bersifat pujian lakonan dia bawak sangatlah terbaikk. nti korang ingat aku kata kat die pulak. sebenarnya watak die bawak tu yang buat aku geram tu kata jahanam tu, jgn marah taww..  hehe :) seriuslahh, korang akan geram biler tgk die dalam movie ni.. smpai aku terpikir ade ke eh manusia cm watak die bawak ni dlm kat dunia ni? ada lah kot kan , hehehee. gurau je.


barisan pelakon bohsia 2 jalan kembali.
                             
part ketiga best, watak salina saibi yang cantik ni, disebabkan point cerita ni pasal jalan kembali means pasal taubatnya orang2 yang dah melakukan kesalahan so salina bawak watak perempuan bohsia yang dah bertaubat. kalau korang ingat bohsia 1 dulu kan die jahat tapi die dah terbunuh ayah die kan, dlam movie kali ni die dah bertudung n dah bertaubat. tapi malangnya die masih kena tortured kat tempat pemulihan akhlak die tinggal tu. dah lah yang tortured die tu lakonan mak jah. fuyoooooooooooo!

okay ni part keempat best! lakonan mak jah sangatlah terbaikkk. mak jah dalam ni sangatlah rock n cruel.. part paling seram bila salina kena tortured ngan berus jamban tu.. korang tgklah, aku memang ngeri part ni. kejam gilerrrr.. mak jah ni amatlah scary giler leh berlakon watak jahat giler2 kejam cm ni. tapi aku dalam masa yang sama berdoa jugak janganlah ada orang yang sebegini (sperti watak mak jah bawak ni) .terlalu kejam. dah la nama pun kak rock. hehhehe

okay ada lagi pujian aku nak bagi atas watak pelakon movie ni, mestilah syamsul yusofff (our hero ) selaku si pengarah movie bohsia 2 jalan kembali ni. tak dpat dinafikan watak yang syamsul bawak adalah selamanya terbaik. dia adalah seorang pengarah dan pelakon yang aku rasa tak payah lah aku cerita kan lagi kehebatan die. dah terbukti pon hebat. korang tak caya tengok lah movie ni.... kan arahan die. so kalau movie ni best bagi korang, so sekaligus korang dah puji die best jugak, heheee :)

last, watak nabila huda yang sangatlah jugak terbaikkkkkkkkkkkkk :) nabila huda dalam movie ni jdi semakin liar dan sosial daripada sebelumnya.( masa bohsia 1), kali ni die berkawan dengan keting (sofi jikan) so die bertambah liar tetapi lama2 die ngn keting ada masalah bila adanya watak hetty sarlene (yang semakin cun n kurus slim melim sekarang, hehhehe ) yang pegang watak sebagai perosak hubungan diorang dua. keting ni mencari si nabila huda ni (sebagai watak tasha) sampai lah dapat bila adanya pergaduhan besar berlaku antara dia dengan amy,(salina saibi), muz (syamsul). oohh tak leh cerita sepenuhnya.. korang tgk lah sendiri yee.. :) hahhaha aku sibuk promote, walhal dah ramai yang tgk movie ni, aku yang ketinggalan. kikikiki :) maaf yer aku baru nak teruja ngn movie ni. baru tgk. biasalah student kan, tak sempat pon nak pergi tgk wyg time kuar movie ni kat pawagam . huhuhu =p

okaylah , lastly sekali lagi aku tegaskan cerita ni sangat2lah bawak pengajaran pada kita dan lakonan diorang memang semua sangatlah mantap, makin berkualiti filem yang dihasilkan oleh pengarah muda syamsul yusoff kite ni yee.. :) ada satu pengajaran yang sangat besar dalam movie ni iaitu pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa pun yang inginkan pertolongan dan ingin memohon ampun pada ALLAH. ALLAH maha menerima setiap umatnya yang telah bertaubat dan tidak mahu melakukan kesalahan lagi. 
SUBHANALLAH ..

4 comments:

  1. haha ;) mmg best citer nie. tak rugi pun kalo tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sangat2 lah best. rugi pulak tak tgk kat wayang . hee :)

      Delete
  2. ala...tak tengok lagi.jarang sangat tengok citer melayu kat panggung.hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sama je saya pon tak tgk kat panggung. download jer :)

      Delete