Thursday 28 June 2012

menangis

assalammualaikum.


ermmmmmm... hari ini nampaknya hari aku yang sangat muram bg aku. aku kesedihan tanpa sebab yang tegar. aku sendiri tak dapat mentafsirkan sebab aku terasa amat sedih , aku kesepian, bukan kerana tiada tempat mengadu segala kesedihan ini , sedangkan aku punya si kekasih hati yang sangat memahamiku.
dia satu2 nya pelengkap ku yang menerima setiap permasalahan dan mendengar segala luahan yang ingin sahaja aku pingin dia dengari. syukur aku punya dia. namun kesedihan ini masih terbatas. si kekasih hati juga masih belum mampu mengubatkan rasa sedih dan pilu ku dek terlalu merindui keluarga ku. 

Ya ALLAH ini lah aku rasakan saat ini. rindukan keluargaku. semenjak tadi , baru sahaja beberapa jam yang lepas ,aku menghubungi mereka, mereka si penguat ikatan silaturrahim ku, dan seraya itu aku menangis. tangis ku adalah kerana terasa diriku terlalu membebankan mereka. aku jauh dari mereka, aku menuntut ilmu yang sebanyak yang bisa aku mampu disini. namun, disebabkan tuntutan itu aku menjadi menyusahkan mereka. manakan tidak menyusahkan jika mereka terpaksa menenangkan aku yang menangis  kerana terasa diri bersalah meminta wang belanja ku dimasukkan dalam akaunku.

 Pada asalnya tujuanku menghubungi ibuku untuk memaklumkan perkara yang dari semalam aku hadapi. Aku terkena alahan dek penangan maggi segera yang aku jamah .( jamah itu sahaja yang aku mampu kerana tidak punya wang belanja lagi.) perkara itu tidak aku maklumkan. namun hatiku terus luluh dan menangis akibat terpaksa mengaku wang belanja ku sudah kehabisan. tidak dapat aku nafikan  ikatan silaturrahim ini sungguh kuat  apabila mereka mula dapat merasakan kesusahan ku disini. secuba daya mana sekalipun aku mengelak untuk berlagak tenang yang aku masih punya wang. namun mereka dapat rasai kesusahanku akibat tiada wang belanjalah, aku terkena alahan.  

namun, di sebalik semua itu. aku sedar menangis ku di corong talian  makin kuat dan ditambah lagi keesakan tangisan ku apabila terutama sekali ibuku yang mengungkap bicara denganku, dan ia adalah disebabkan perasaan rindu yang amat. perasaan bersalah yang diulit bersama rindu yang amat sangat. manakan tidak, bila kakakku menyusun bicara " kami kat sini makan sedap2, hang kat sana susah2 makan megi, jgn smpai cmtu, tak dak duit bgtau ". apakan daya bagi fikiranku, aku cuma anak yang bisa menyusahkan. itu lah perkara yang aku fikir sampai sekarang. aku tak nak mnyusahkan mereka tapi aku tetap perlu. lebih memilukan apabila ibuku mengucap bicara " hang jgn la duk rasa susah, tak pa abaq ja tak dak duit, pandai2 la kami kat sini ikhtiar cari duit, mak paham aih hang kat sana. duit lani bukan nak cukup " dan setelah itu yang ku dengari terus menyinga tangisan ku, makin kuat, makin tercungap2 dadaku cuba menahan tangisan dan ku cuba selitkan sedaya upaya dengan tawa. tidak mahu ibuku dengar tangisan ku. namun,sesungguhnya seorang ibu , manakan ada ibu tidak mengerti anaknya. ibuku mula memujuk aku agar tidak lagi menangis. ahhhhhh!! terasa diri aku bagai anak kecil tapi kenyataan tidak. aku adalah si anak yang umurnya sepatutnya sudah bekerja dan membantu ibunya mencari wang, tapi aku hanya masih bergelar si anak di bwah tanggungan.

mahu tidak mahu, itulah kenyataan nya , di tahap umurku ini aku masih di bawah tanggungan mereka kerana tuntuntan ilmuku ini, YA ALLAH. KAU bantulah aku. KAU berilah aku kekuatan untuk terus memberi kejayaan demi kejayaan kepada mereka, mereka yang terlalu bersusah payah untuk aku, tidak lagi aku mahu menjadi beban pada mereka. tidak mahu terus lagi rasa bersalah atas kewajipan ku sebagai anak dan pelajar. walang sekali aku rasa kan bila aku terpaksa menahan siksa bila aku rasakan diri ini adalah tidak berdaya untuk memberi rezeki kepada mereka sebaliknya mereka mencari rezeki untuk aku. untuk aku terus menuntut ilmu ini , sungguh di saat ini apa yang aku mahukan adalah satu. Menjadi seorang anak yang biasa berbakti kepada keluarganya dan membalas kembali semua yang mereka sudah usahakan buat aku, terutama ibuku. Ya ALLAH sesungguhnya aku amat menyayangi ibuku yang terlalu banyak berkorban untuk aku. semoga KAU terus berikan kesihatan kecekalan dalam diri aku untuk terus membuktikan kejayaan si anak pada ibunya. AMEEN YA RABBAL ALAMIN. sekian, wassalam.

p/s : ingatlah sejauh mana kita pergi , doa ibu sentiasa mengiringi. dan jangan lah kita lupa pengorbanan mereka wahai keluarga yang banyak memberi kekuatan  pada kita. cerminkan diri, di mana tahap anda, masih berjaya kah anda? aku ? aku masih belum, dan kerana itu aku andai masih usia ku panjang, aku masih mahu hidup dan terus mengecap kerjaya dan akan ku balas jasa mereka. insyaAllah ... semoga ALLAH merahmati ku dan meredhai ku. amin.

No comments:

Post a Comment