terjah terjah apa yg ada dulu.

Loading...

Wednesday, 27 June 2012

cinta, CINTA HAKIKI KU.

assalammualaikum wahai semua pencinta. 

pencinta eh pencinta? mestilah semua orang pun ada sifat mencinta dan ingin mencinta kan? aku juga punya sifat ini. sungguh, pasti sangat bahagia bila kita ada perasaan indah ini. CINTA itu bukan sahaja dari konsep mencintai pasangan kita, tapi ianya menyeluruhi segenap sudut , segenap dimensi, segenap dunia dalam konteks CINTA. CINTA boleh berlaku dan dirasai pada setiap yang bergelar manusia malah sesama haiwan sekalipun. Cinta besar maknanya, besar sekali sampai ada yang sanggup bermatian untuk cinta, samada cintanya pada  kekasih, pada ibu bapa , keluarga atau pada sahabat malah pada musuhnya sekalipun. bak kata orang 'dunia pon bole terbalik dek kerana cinta'. kan. kan. 

tapi aku menyusun huruf-huruf di dalam kotak entry blog ini bukanlah untuk aku tegaskan pada cinta yang semua aku nyatakan tadi. Tetapi CINTA yang hakiki, yang besar pahalanya, yang bermakna, yang sungguh tidak ternilai dibandingkan apa-apa. CINTA pada ALLAH yang ESA. aku bersyukur aku diberi peluang untuk merasa cinta pada ALLAH. Sungguh, ya ALLAH , perasaan ini sungguh indah . Aku tak dapat bayangkan dan ceritakan perasaan indah kerana punya rasa yang indah ini. Saban hari aku beri segala yang patut aku beri , aku laksanakan atas kewajipan ku sebagai pencintaMU, hidupku indah saat itu, setiap yang aku minta KAU beri, dan KAU tunaikan. Aku gembira aku diberi kebahagiaan kerana cintaku pada MU itu... 

                 ***********************************************************

Namun, malang sekali perasaan aku tidak kuat, aku tidak setegal dan sesetia cinta Rasullullah pada Allah S.W.T. Aku sering lalai, aku leka dalam terus mengekalkan perasaan cinta yang indah itu wujud dalam diri aku. Aku lupa pada janji aku taburkan pada ALLAH. Aku tak jujur, aku bohong pada ALLAH. Aku mungkir janji aku pada ALLAH. Kemudian, bila semua itu aku lakukan , aku mula tidak tenang, aku mula gusar, aku tak dapat lagi keindahan seperti dulu di mana hati aku tenang dan damai, hati aku kini mula dalam api kemarahan yang aku sendiri tak pasti sebabnya, hati aku serabut dengan segala keadaan , aku takut akan benda-benda yang tak sepatutnya. Aku mula hilang tujuan aku sendiri. Sebak, sungguh aku sebak sendiri melihat keadaan aku yang sering lalai dan lupa janji aku dan kewajipan aku dalam mengekalkan rasa cinta aku itu, aku menyesal . 


aku duduk berteleku di atas sejadah aku,dengan menyarung telekung putih aku , aku mula mengising doa-doa meminta kata ampun dan maaf kerana apa yang telah aku lakukan, kesalahan besar aku kerana tak setia, tak jujur dan mungkir janji pada cinta ku padaMU ya ALLAH . Ya Allah, hambamu berdosa, aku khilaf dalam menilai cinta mana yang  perlu aku utamakan. Aku lebihkan perkara dunia dari melebihkan cintaku padaMU, yang mana jika aku tak pernah melukakan dan memungkariMu ganjaran ku di akhirat kelak adalah SYURGA. KAU bakal menganugerahkan ku ganjaran yang besar, dan tatkala itu aku dapat bergelar umatmu yang beriman. Aku akan di rahmati olehMU, hidup aku terjamin di akhirat.. ALLAHUAKBAR.

Sungguh, keseronokan dan kealpaan di dunia tak dapat beri aku ganjaran itu. tetapi aku alpa.. maafkan aku ya ALLAH.. terima lah maaf aku , terimalah taubat ku, aku kini mula menyusun setiap bait-bait doa yang aku harap diterima. semoga aku tidak lagi khilaf , tidak lagi alpa, tidak lagi membohongiMU ya ALLAH. KAU kuatkan hati di samping kau menerima taubat dan maaf ku ini ya ALLAH. Semoga hati aku tidak lagi terus menipu , tak lagi mengkhianati cintaku pada MU YA ALLAH. Aku tenangkan hati aku dengan berkata 'La Tahzan' namun aku masih risau. Aku takut aku mengulangi khilaf ku. Aku insan hina , Ya ALLAH ampunilah hambaMu ini. 

p/s : sebagai seorang insan, aku mengaku, terlalu banyak khilaf yang aku lakukan, namun aku bersyukur selagi itu cinta ku pada ALLAH masih ada. Semoga CINTA ALLAH pada aku juga terus ada. Tak dapat aku bayangkan kalau cinta aku ini tidak di balas oleh ALLAH. SubhanaALLAH. ALLAH maha BESAR , maha ESA , apa sahaja akan terjadi kerana semuanya telah dikehendaki oleh ALLAH. 


No comments:

Post a Comment