Saturday, 28 April 2012

aku insan tiada berharta, tapi aku punya harta lebih bernilai :)

assalammualaikum. sekarang jam aku da menunjukkan tepat jam 1.14 am. pagi ni terasa aku tak nak tido lagi, nak tulis blog, biar hati lebih tenang, sebenarnya byk perkara yg ingin dicoretkan. tapi apa yg sedang dirasakan sekarang adalah perasaan bersyukur, aku bukan dilahirkan berharta, aku bukan diajar untuk menjadi tajir, atau si kaya raya yang rezeki melimpahnya tidak dia syukuri, aku bersyukur aku bukan seperti itu. aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. apa yang dikehendak cuma dapat di pendam andai tidak dapat dipenuhi.

sebenarnya aku tulis ni sebab aku terfikirkan sesuatu, aku baru je teringinkan satu baju ni, cantik, baju muslimah, siap dapat sekali ngn cardigan, aku teringin nak pakai baju labuh2 pulak, nak ubah angin, nak ubah diri dan penampilan,insyaallah.. tapi aku takde duit, aku pm sis yg buat jualan tu. biasalah,,internet selling, page kt fb.. harga dia agak mahal. erm.. aku terasa kecewa. dan disebabkan tu aku terpikir, aku ni betapa susah nak beli baju even harga dia around 50 je.. kalau orang lain mudah2 je nak beli barang beratus2. aku baiki diri aku, aku amik iktibar, bersyukur aku tak bazirkan duit, aku hanya gunakan duit untuk barang yg dirasakn penting, aku nilai diri aku dgn org lain , mujur aku bukan org yg byk kemewahan,  setakat 50 ke atas semuanya bole dibeli, wang bersepah2. tak da nilai bg mereka. syukur aku jumpa wang 1 ringgit itu bg aku nikmat. aku simpan, walau 1 ringgit aku tak pernah simpan merata2. bg aku 1 ringgit dpt buat aku dapatkan brg yg aku mahu.

gambar hiasan
soal baju tu, aku simpan hasrat dulu, aku booking dgn akak tu, tp akak tu ckap 1st come 1st serve. aku pendamkan perasaan aku.bukan apa pon baju je kan, aku kena berjimat lebih byk lagi lepas ni, sebab family aku kena tanggung pengajian aku semester baru yg nak start 2,3 hari je lagi ni, ptptn tak dpat time sem pendek, so. aku tak bole nak mengada2 mintak duit beli baju, melainkan aku simpan hasrat tu atau aku simpan duit sendiri . :)

aku dah biasa macam ni, aku bersyukur, segala yg aku nak aku tak beria2, aku tak memberontak, terima kasih ibu ajar anakmu kehidupan yg sempurna . terima kasih ibu. terima kasih ajar anakmu besederhana.
okaylah setakat tu je coretan aku, kalau bole korang doakan lah aku da rezeki murah nk beli baju tu, hehehhehe, gedik je, kikiki, btw..thanks kalau ada yg berdoa, aku juga akan doakan kesejahteraan dalam hidup anda semua.take care, nitez, sleep well. semoga umur kita masih panjang dan diredhai ALLAH . salam ameen :)

No comments:

Post a Comment