terjah terjah apa yg ada dulu.

Loading...

Saturday, 18 February 2012

saya 22 tahun dan saya masih bergelar pelajar.

salam, semua sihat kan, alhamduliillahh..aku nak cite sket,
as student dip pre school education ni, bnyak benar benda yang aku buat, aku belajar,aku dpt pengalaman baru, best seriusly best . glad to be pre school education's student.


gambar masa aku buat presentation
 buku cerita kat  pra sekolah sk seri makmur, sungai besar

cikgu zuriana, insyallah keep it up.

masa berjalan cepat , tahun berlalu tanpa kembali rupanya aku dah belajar dah sem 5 dekat unisel, sebagai pelajar dip pen pra sekolah, seriusly, ni bidang yang memang kena dengan minat aku. even dulu aku fail stpm aku still dapat sambung belajar . then amik kos yang aku minat, bezanya kalau aku lulus stpm dulu, aku sambung degree pre school jugak, sama kan. cuma aku dapat buat diploma je, alhamdullillah.

korang nak tahu sepanjang aku belajar dekat sini, banyak perkara yang aku belajar , aku dpat terlalu banyak ilmu, how to be pre school teacher. senang susah semua aku belajar. aku suka kan budak2 , then bila dapat all the ilmu about budak2 , rupanya interesting. hope satu hari aku dapat belajar dan terus belajar lagi menjadi seorang guru pra sekolah or tadika. or lecturer for pre school education, insyaAllah..

aku da angan angan , banyak angan angan sampai tak tertulis dalam minda aku nih, walaupon rezeki aku ni dah sangat ketinggalan dari semua orang dari batch aku. as 22 years old, dah berapa ramai dah belajar n dapat degree dan ramai jugak yang dah keja n da duit sendiri. even punya lah ramai kawan aku yang dah kawen segala bagai. nak cakap jeles, serius jeles, tapi ALLAH  bgai kita peluang sama rata nak berjaya dalam hidup kan? lambat dan cepat je. aku percaya suatu hari nanti i will be someone.

someone tu, dia dah keja kena dengan bidang yang dia ceburi sekarang, then dapat berbakti kat diri dia dan of course family. family is the most important yang aku pikirkan setiap masa, aku nak buktikan diorang aku dapat berbakti buat keluarga aku, bakti aku sekarang masih sedikit, dan insyaAllah suatu hari nanti,  Biiznillah dengan izin ALLAH. semoga aku terus dapat peluang dari ALLAH dan aku dapat apa yang aku idamkan. =)

ps : korang ada impian kan? buat sehabis baik untuk gapai impian korang, jangan pernah putus asa.

No comments:

Post a Comment