Sunday 5 August 2012

resepi 3 : cucur udang


untuk bahan cucur :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
air suam
secubit garam
secubit kunyit
sedikit air kapur
udang (kecil atau besar) belah atau masukkan setiap seekor.
daun bawang( dihiris sederhana)

untuk bahan sampingan :



 ( direbus)
- telur
- ubi kentang

( digoreng )
- daging burger (goreng dgn sedikit bancuhan tepung gandum,tepung beras
                      dan air  untuk merangupkannya )
- fishcakes
- fishball
- tauhu

(dipotong nipis dan dibelah dua)

- timun





cara -cara :
  1. bahan untuk cucur dicampur dalam 1 bekas kecuali air suam.
  2. bancuh tepung sehingga tidak terlalu cair dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. kacau adunan sehingga sebati.
  4. panaskan minyak dalam kuali 
  5. setelah itu, cedokkan adunan besar2 dengan menggunakan senduk.
  6.  goreng sehingga kekuningan.
  7. selain itu, goreng juga bahan sampingan yang perlu digoreng.
  8. angkat dan ketepikan

untuk kuah : 

  1. kacang tanah dibasuh dahulu
  2. cili kering dibasuh dahulu
  3. 1 ulas bawang putih
  4. minyak untuk menumis
  5. asam keping
  6. sedikit gula
  7. sedikit garam
  8. air

cara : 

  1. kacang dan cili digoreng, kemudian dikisar dengan mesin pengisar.
  2. panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  3. masukkan kacang dan cili yang telah dikisar tadi.
  4. masukkan air ikut citarasa mahu pekat atau cair.
  5. masukkan asam keping, sedikit gula dan garam.
  6. masak sehingga kuah kacang seakan pecah minyak.
cara hidangan :





potong cucur dan bahan2 sampingan kecil-kecil, letakkan setiap bahan dalam pinggan dan letakkan kuah di atasnya atau boleh di cicah dengan kuah. sedia dimakan :) 

selamat mencuba ! 
dari zuriana :)



No comments:

Post a Comment