assalammualaikum.
lama tak berjumpa. lama tak berborak. lama tak menaip. lama tak membaca. senang cakap rindu kat blog. aku kembali lagi menyingkap blog aku, menyelongkar blog ini sebab aku rasa dh lama sgt aku tinggal smpai bersawang dah blog ni. sepanjang aku abis belajar pastu praktikal dah langsung tak menge update apa2. byk sebenar benda nak diceritakan. segala kenangan masa praktikal dan betapa besarnya perasaan aku dapat menjadi salah seorang tenaga pengajar di Sk TTDI JAYA shah alam. well . next time post aku will about praktikum aku . then bersambung pulak dengan kisah aku berkhidmat sebagai juga seorang guru taska/tadika di CENDEKIAWAN EDUCARE di putrajaya. alhamdulillah abis je praktikal aku dapat job ni dan dalam masa yg sama aku dpat job ni sebab aku ada masuk kursus Sistem Lathan Dual Nasional (SLDN) yang mana bagi aku kursus ini adalah kursus yang sgt berkesan dalam melahirkan para pkerja yang berkemahiran dan insyallah bakal menjadi warga industri yang berkaliber dan berwawasan. kursus ni salah satu jalan meningkatkan cara kerja seseorang dan dalam masa yang sama mempraktikkan apa yang dipelajari ke alam tata kerja nya iaitu melalui kaedah belajar sambil bekerja, tak lama tempoh kursus ni. hanya 6 bulan tapi hasilnya alhamduliillah bermakna sebab nya aku dpat merasai pengalaman konvokesyen yang begitu besar bagi aku. majlis graduasi peserta kursus ini diberi peluang graduasi di 1 majlis konkesyen yang mana penyampai sijil adalah menteri sumber manusia, Datuk Richard Lim. Memang gelabah lah nak naik pentas msa tu dgn menteri pulak yang penyampai nya.
cerita itu semua akan aku update dan kongsikan dengan semua. wait ~~~~
This blog was just a place for me to hanging up and write what ever i wanna sharing the story about. Not a wonderful blog to be discover, just an ordinary blog to be going with, and it was so much a pleasure for me by your comment and giving a feedback about what i was wrote. thanks!
Sunday, 13 October 2013
Wednesday, 13 February 2013
PAGI
Pagi.
Heningnya pagi ini sungguh indah, terasa damai dan tenang. Terdengar bunyi kicauan burung, alunan zikir di masjid, dan si gagah ayam berkokok mengejutkan para penghuni alam yang mungkin masih dibuai mimpi. Sungguh indah, ya indah pagi ini sama seperti pagi yang lain, apatah lagi baru sahaja pagi ini dituruni hujan, dan bangunnya aku dari tidur pagi ini aku berasa begitu bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas, syukur alhamdulillah.
Namun, suasana pagi yang indah ini hanya aku rasai ketika kakiku menjejaki tanah kampungku, desaku tercinta. Nun di utara tanah air, terletak di sebuah negeri digelar KEDAH. Dengan adanya sebuah lapangan wahai lebarnya padi, ya begitu indah pasti indah. Begitu berbeza ketika aku berada di kotaraya , pagi aku hanya dipenuhi dengan hiruk pikuk sang kota. Mungkin paginya juga indah. Terasa tenang dengan suasana hening sama seperti di desa, namun tiadalah si burung, si ayam mengalunkan suara merdu menghiburkan suasana.
Biarpun begitu, ianya tetap sama. Sama , juga pagi , dan apabila pagi itu, aku sama akan merasai keindahannya namun dengan suasana yang berbeda. Pagi, juga tandanya aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidupku . aku masih diberi hari, dan aku bakal mendapat hari seterusnya. Alhamdullillah.
Dan,
Aku perlu menghargai hari-hari yang diberi, aku perlu membuat tekad agar memperbaiki jalan hidupku sehingga hari yang mendatang. Semoga setiap pagi yang kita dapat akan dirahmati dan setiap pekerjaan kita menjadi lancar. Amin ya Allah.
Monday, 21 January 2013
Cerita kanak-kanak: Pasu Tanpa Pokok Bunga
Cerita kanak-kanak: Pasu Tanpa Pokok Bunga: Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sudah tua. Baginda tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta baginda. Ini menyebabkan baginda...
Subscribe to:
Posts (Atom)