assalammuailaikum.
salam semua..
aku ada nak buat entry gumbira dan sedeh ni.nak cita sket kat kalian kalian.. ermmm. apa pon its okay. apa pun yang berlaku.. kami semua tetap lalui dengan baik, dan semuanya terkawal dengan izin ALLAH..
citanya hari jumaat, bertarikh 16/12/2011 .. aku ngn dak2 umah aku keluarlah bergumbira. disebabkan kelas pon xda minggu first start sem ni kitaorang dak2 umah plan nak kuar beli barang barang rumah. rumah pon kami belum kemas , haha, maaflah jana niaga (syarikat yg leh2 saman kitaorg klu rumah kotor ) huhuhu..
okay aku start cite ni by step by step lah ye. cm kronologi lah kononnya.
pagi tu kitorg on9 je xbuat apa2 pe, then pas zohor siap2 lah nak g tesco kuala selangor , memandangkan tu je yg dekat bole pergi. . yayang si MJ bawak la keta, dengan menyewa kereta to abe kelantan yg cakap memg aku xpaham tuh.
otw ke sana memg kitaorg hepy giler.. enjoy punye lah sebab kuar berfoya2 lah konon nya, plan nak g karaoke segala bagai. dah ke sana tu kitorg shoopping ler sampai x ingat dunia. list2 brg yg dibuat 1 pon xtertinggal.. beli je sume nak beli, then hameek kau bayor je jumlah nye dik , rm106.85 ~~
mak aii,,apo barang rumah yg kitorg beli pon xthu lah, tu pon pas ditolak segala beras,bwg,minyak ..brg masak lah seng ckp. smpai seratus lebih doe ! bayor je lah nak tak nak. pastu.. hape lagi, karaoke ntah ke mana lah. xjadik lah plan tu, g makan kat warung pak din , g drive thru mcd. .abiskan sisa2 duit tu ..then balik lah .. pastu abg si sewa keta pon bg keizinan kt kami guna keta lagi, kami pon tawaf lah 1 unisel tuuuu.. dah tu. ponat dah kami pon baliklah..
yayang aku yg sorg lagi ni si EA actually demam minggu ni. tapi dia kata xpe dia okay , xnak g klinik lagi. walaupun de masa nak g klinik, dia kata dia okay. so xpe lah kan..kitaorang plan sok lah bwak die g klinik.
tapi sebelum masuk je rumah yayang EA ada masalah.. badannya dah rasa lain macam. then dia dah rasa demamnya makin teruk. makin panas demamnya, sampai lah malam tu EA sesak nafas teruk sgt, kami semua dah xthu nak buat apa, semuanya pujuk dia g klinik tapi dia xnak, mybe sebab dia dah xbole nak bangun lagi , bdan die lemah sangat2..
sumpah aku takut gile dan risau sgt ngn dia. terlalu sakit teruk disebabkan sesak nafas tu. kami semua ni cuma mampu tolong dia redakan sesak nafas dan kebahkan demam dia dengan kain basah. malam tu aku ngn dak rumah si MJ, MI, DR jaga lah dia sebaiknya. MJ yang banyak teman dia malam tu. .
honestly aku ada termarah EA sebab terlalu risaukan dia.then aku xdapat kawal air mata aku, tapi depan dia aku susah nak kwal perasaan, aku risau sangat. aku takut sgt tengok dia cmtu. tapi apakan time tu pon dah malam. klinik dah xbukak melainkan ke hospital je. aku sayang kamu yayang EA, risau sangat kat kamoo EA . .
then, pagi tu. EA masih macam tu.sesak nafas lagi dan lagi, demam dia makin panas dan panas. EA xbole bangun, EA terlalu lemah. ya ALLAH kami terlalu risaukan dia. bagilah kami kekuatan membantu EA.. pastu dah smpai cm ni , EA mintak aku kol ncakap ngn family dia sebab dia dh xbole ckap. dia lemah sgt.. pagi tu sebenarnya aku ngn DR ada kelas, tapi kami tak pergi risaukan EA. . nasib baik kami tak pergi sebab EA pengsan! sebab dia nak jalan pergi bilik air. pagi tu terlalu kelam kabut sebab kami plan nak sewa keta lagi nak bawak ke klinik tapi dia terlalu lemah. kami pon kol la felo hostel..
felo hostel sekian sekian ni pulak bole marah kami then ckp nk saman kami sebab rumah kotor ! sumpah aku tension gler .! dah jadi cmni , kmi memang x sempat kemas rumah la .. janganlah time ni nak berperangai cmni. wahai si felo kami mintak sangat bantu kawan kami ni. . .
then sampai lah ke klinik, pastu dh chek EA, doktor cakap kena bwak ke hospital! ya allah takutnya , risaunya kami. tekanan darah dia lemah, bdan xcukup zat n gastrik. demam pon terlalu panas. pastu kami pon bawak lah dia g hospital . family EA jugak dh otw datang situ. . walaupun felo tu agak kurang menyenangkan kami tp dia dah tolong kami bwk ke hospital.terima kasih sangat sangat . alhamduliillah.
kat hospital pulak memang lama sgt kami kat ctu n mcm2 lagi benda jadi sebabkan birokrasi pihak hospital yg ntah wat kerja cmna. minta maaf. tapi ini kami sangat sesalkan. alhamdullilah EA dah okay sket. then family dia buat keputusan bawak blik die ke rumah nya. syukur dia selamat dengan familynya..
Esoknya, EA cakap dia dapat cuti seminggu , resultnya,dia kena jangkitan darah . virus ILI. subhanallah.. kami semua doakan EA cepat sembuh.. kami semua sayang kamoo EA..!!
to EA, apapun yang terjadi ingatlah kita semua kawan yang xdapat dipisahkan dan kita mcm satu family yang susah nak terpisah. ramai yg sayangkan kamoo EA ! semua org mendoakan kesembuhan kamu . cepat sembuh ye? kami semua rindukan kamoo... jaga diri ye sayang?? ALONG (saya) nama yg diorg gelarkan. ALONG sayangkan EA ! ingat jaga diri taw. jangan biarkan diri sakit2 cm ni lagi.. cepat blik hostel. miss u already =)
k lah ini saja coretan aku,wahai HAMBA ALLAH . beringatlah ! ini juga peringatan untuk aku !betullah org cakap kan klu terlalu happy pasti ada dukanya, tapi syukur ALLAH berikan kita suka lagi.. ALLAH menguji kesabaran dan ketakwaan kita kepadanya, sejauh mana kita mengingatiNYA. ingatlah, apa sahaja yang kita ada sekarang perlu dihargai dan kita sebagai hamba NYA, perlu sentiasalah berdoa kepadanya agar hidup kita diberi sejuta keredhaan dan kesejahteraan . ameen ya rabbal alamin.
salam. ilalliqa'