Friday, 21 December 2012

abis belajar, alhamdullillah.

assallammualaikum.
nak berkongsi cerita kat kalian.
saya dah abis diploma, heheeeeee :)
ALHAMDULLILAH abis pengajian. sekarang menunggu praktikum pulak.
Aduhh.. ini yang  paling digeruni, berbagai perasaan yang dirasai.
semoga semuanya membawa keberkatan dan berjalan lancar.

saat ni, aku tengah tungu my family jemput dari tempat belajar, dan nak pergi bercutiiiiiiiiiiiii. hhehehe. teruja nya dapat bercuti ngn family. lama rasanya tak jalan2, heee.
semoga perjalanan mereka selamat, n segala urusan kami dan perjalanan kami nanti  juga selamat pergi dan pulang. amin....

kat sini ada some pictures sepanjang aku bergelar students , seriously, 2 tahun setengah mengajar aku banyak erti, terlalu indah n banyak kenangan yang tak dapat dilenyapkan, berbagai pengalaman dan ilmu yang aku dapat.! syukran YA ALLAH.

kawan2, they are the best ever i had. mereka semua kawan, kawan , kawan, kawan yang beri aku macam2 rasa. pahit dan manis. terima kasih kalian untuk selama ini menjadi teman! for budak2 kelas n my housemate! thanks a lot!!!!

kohort 11 group 7, kelas yang paling terhebat. ! seven e the great!!

classmate, them means a lot!

geng kami, hehe, sayang mereka!

kami yang tinggal bertiga, selepas
housemate yang lain dah abis bulan lepas.
bye adik2 ku tersayang,
along sayang korang!


Saturday, 6 October 2012

happy anniversary :)

our calendar 

6/10/2008 . That year, that week,that day,that minute, that second.. i had knew u, that day i accepted u being part of my life. that day too, i become obviously too care for u, waiting for ur message every second, waiting for ur calls, waiting for ur love words, waiting u're saying " can i be yours?" waiting by waiting, it's become true, my wishes get damn true. u're asking me.. "boleh saya nak jadi lebih daripada kawan awak?"
that words, that question made me like a layang-layang di udara, terbang bebas rasa gembira. terbang dengan penuh rasa bahagia . ohh no. ohhhh is that a mimpi?? u're asking that?  u had know my feeling, hahhahha. i'm not perasan lah kan? hewhehewhehew :)

that day, 6/10 he is asking me that question. ohhh no apa nak jawab, hati dah berbunga-bunga.. tapi sabar. jangan gelojoh. jawab bebaik... malu2 kucing walaupun dlm hati amat sgt2 nak !!!! yes, i want more from just a friend! aduhhhh malu gile my jawapan is yes! hehehhhee. from that day. alhamdullillah.. i had know him until now. i was still as his 'more than friend' a.k.a his gf. girlfriend . insyallah i want to be his future zaujah, 1 day. maybe . if ALLAH wills it. really, i want it.really! the most happiest moment i had if it happen. 

sayang, thanks for the 4 years, actually dah tahun ke 5 i had know u ! tapi kalau ikut anniversary, yang ke 4 la kan! happy anniversary my dear. so much great moments ever i had with u. so lucky i have u until now, so glad u're still with me. so terharuuuuu u're never leave me. please keep it my dear. saya nak sangat awak stay ngn saya sampai bila2. tapi tak nak lah smpai jinjang pelamin je mcm orang lain kata tu. kalau stakat tu je, tak cukup.. saya nak dengan awak smpai takda lgsung masa yang tak terisi bersama awak, kalaulah bole selamanya saya nak awak jadi milik saya. nak sgt ianya kekal macam ni, tapi saya tak tahu macam mana hati awak. macam mana perasaan awak, still like that day or not, still want to be with me or not. susah la, hati orang lain2. perasaan orang lain2, saya tak bole paksa. saya dapat harap je, kalau awak still ada with me nnti, of course lahh saya bergoyang-goyang atas gunung menari lagu hoore-hoore seronok sebab saya masih ada awak. tapi kalau awak dah tak nak saya, tak pe saya paham. saya tak nak paksa awak. saya masih boleh berharap. tak salah pon. saya boleh nyanyi lagu melukut di tepi gantang je kat tepi jalan, ada  gak orang bg saya sedekah. kesiankan saya. kan? kan?

awak, from 6/10/2008 - 6/10/1012 . its had been 4 years! macam tak caya, saya macam bole rasa how we meet for first time, how we messaging for first time, how we are talking on the phone and face to face for the first time. ingat lagi first time kita jumpa, awak gabra. hahahaha. eh, saya pon sama. tapi saya pndai cover. kahkahkah. 

awak. saya nak cakap saya sayang awak. insyAllah sampai sekarang, saat ni pon saya still. saya terlalu cinta. tapi saya tahu cinta pada awak, tak bole melebihi cinta saya pada ALLAH. saya sayang ALLAH melebihi segalanya. saya bersyukur ALLAH beri saya seseorang iaitu awak, seorang lelaki yang bole buat my heart go dup dap dup dap.hehehe :)  thanks dear! thanks for everythings! happy anniversary my dear ! it's 4th anniversary. :) ALHAMDULILLAH..... <3 <3 <3

*for you, my dear. future zauj, insyallah*

we, still  :)


Thursday, 27 September 2012

birthday boy :)



Assalammualaikum......... lamanya rasa tak menaip ,  malas tambah dengan busy terlampau, tak terasa nak wat entry baru, tapi hari ini aku datang balik, sebabnya nak buat entry about someone yg paling special dalam hidup aku. klu nak tahu 26/9/2012 birthday dia ,oh yeahh birthday boy ! he's the one i loved so much. love? love? Eh, is that my lover? ehhh.. mestilah... he's my lover.kekasih hati pengarang jantung lahhh..  alamak. malu pulak. :P okay, the reason is aku nak bg die baca entry ni, hehhee . for you my sayang.ABDUL MUKHAIMIN, happy birthday my dear. tak sangka eh dh tua awak ye, walaupun ikut umur saya kakak lah kan, well.... saya tua 6 bulan kan dr awak.. kiki.. apa pun, kamu tetap like as a brother, a man , a boy sometimes ~hahaha , a superhero , a macho one,and  a senget man i ever had !  walaupun kdg2 macam old man kamu tu  ! hahahaha.  


birthday boboy, hahahahah


Dear you, my prince charming.. ~hahahaha~  :-p ... THANKS for the 5 years stays with me, the bongok one,  the gedik, si kuat merajuk, si hangin tak tentu pasal & si clumsy ni.. :) Dear,  may all of your wishes get true,  succed in ur life, achieve all of ur dreams , get the highest pointer, finish ur studies well, get the good job, get married soon & surely  wish  awak dapat jumpa jodoh y paling baik , y  solehah , y cantik, y baik dan tentu dapat bahagiakan kamu ( jodoh pertemuan terletak pada Allah kan) . even kita dah 5 years together, sy tahu kita perlu letak semua tu pada ALLAH. sy tetap akan doakan our relationship ni, tapi kalau dikatakan kita tidak berjodoh , sy terima seadanya. kalau kita memang berjodoh, sy nak bersyukur sgt2 sebab ALLAH dah bagi jodoh yang paling baik buat saya. Alhamdulillah :)  


sorry sayang, sebab sy tak de dengan awak celebrate ur birthday eve! okay,cakap pasal birthday eve, tepat je jam 12 malam dapat jugak aku wish kat my senget ni. sorry tersangat sebab nya semalam aku penat sgt2 dan tido awal.  aku serius penat gileee then terus tido lepas wish, sebabnya aku baru je pas abis buat performance untuk kelas Muzik . dek penat2 balik dr menari & menyanyi bagai aku pun terlelap lahhhhh... tak tahulah then apa yg si senget ni kena , yg aku tahu dia cakap nk g study last time aku kol dia sebelum aku hanyut dgn mimpi tu. Sorry for not staying with you that night. I was so tired, doesn’t mean I won’t celebrating ur birthday ,even i'm not staying my eyes and keep texting with u, hehehee .. but u yang said that u want to study. So I get my bed lahhhhh. 

Hehehehehe. Okay rupa2nya, ada 2 orang his bestfren ni buat surprise kat dia. Seriously, awesome sgt sebab diorang berjaya bg tepung kat dia. hahhahhahahhaha. sporting abis diorang ni, padan lah muka kau wahai sengetttt!!! aisshh, klu lah aku pon ada situ kan best. Nak jugak berperang tepung ni. Tapi apakan daya aku tak de kat situ. Thanks to Darla Carlorlina & Jard Gonzalez dah wat budak senget ni mandi tepung, hamek kau !!!!!!!!!! diorang pun kasi kek jugak kat dia.. elelellelehhh terharu lah tu kan ?? ngaku je lah sengettt. Hehehhe.

ni gmbar diorang bg kek. *curigambarkatfb* hehhe

si senget ngan si otai2 . cayalah both of u kenakan budak ni!


Untuk Darla Carlolina & Jard Gonzalez, thanks sebab dah jadi kawan y paling dia rapat, for sure korang memang gila2 cm dia jugak.  Hehehee.. Walaupun kita, ( me and both of u ) kenal kat fb je, korang dua my best friends too. thanks (^_^) Lepas ni, apa2 lagi komplot bersama ye, kita kenakan si sengettt tu lagi. *Saya je belum celebrate dengan kamu senget, maaf yer, nnti kita jumpa kita celebrate okay? Hee *




~ selamat hari jadi 
my dear! 
from, ur makcik ~




Sunday, 5 August 2012

resepi 3 : cucur udang


untuk bahan cucur :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
air suam
secubit garam
secubit kunyit
sedikit air kapur
udang (kecil atau besar) belah atau masukkan setiap seekor.
daun bawang( dihiris sederhana)

untuk bahan sampingan :



 ( direbus)
- telur
- ubi kentang

( digoreng )
- daging burger (goreng dgn sedikit bancuhan tepung gandum,tepung beras
                      dan air  untuk merangupkannya )
- fishcakes
- fishball
- tauhu

(dipotong nipis dan dibelah dua)

- timun





cara -cara :
  1. bahan untuk cucur dicampur dalam 1 bekas kecuali air suam.
  2. bancuh tepung sehingga tidak terlalu cair dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. kacau adunan sehingga sebati.
  4. panaskan minyak dalam kuali 
  5. setelah itu, cedokkan adunan besar2 dengan menggunakan senduk.
  6.  goreng sehingga kekuningan.
  7. selain itu, goreng juga bahan sampingan yang perlu digoreng.
  8. angkat dan ketepikan

untuk kuah : 

  1. kacang tanah dibasuh dahulu
  2. cili kering dibasuh dahulu
  3. 1 ulas bawang putih
  4. minyak untuk menumis
  5. asam keping
  6. sedikit gula
  7. sedikit garam
  8. air

cara : 

  1. kacang dan cili digoreng, kemudian dikisar dengan mesin pengisar.
  2. panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  3. masukkan kacang dan cili yang telah dikisar tadi.
  4. masukkan air ikut citarasa mahu pekat atau cair.
  5. masukkan asam keping, sedikit gula dan garam.
  6. masak sehingga kuah kacang seakan pecah minyak.
cara hidangan :





potong cucur dan bahan2 sampingan kecil-kecil, letakkan setiap bahan dalam pinggan dan letakkan kuah di atasnya atau boleh di cicah dengan kuah. sedia dimakan :) 

selamat mencuba ! 
dari zuriana :)



Friday, 3 August 2012

resepi 2 : koktel buah

                                                               KOKTEL BUAH




bahan-bahan

1 tin koktel buah
1 cawan buah anggur yang dibelah (ikut citarasa)
15 biji jelly yang dibelah dua (ikut citarasa)
 Tembikai yang dipotong dadu kecil (ikut citarasa)
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
5 cawan air

cara-caranya

1. Masukkan tepung kastad, gula dan air ke dalam periuk. Kacau dengan  api yang perlahan sehingga pekat dan kastard menjadi berkilat.
2. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  

3. Potong kastad yang telah sejuk tadi dalam bentuk dadu bersaiz kecil.


4. Campurkan koktel buah, buah anggur, tembikai dan jelly bersama susu cair dan kastad tadi dalam satu bekas. Kalau manis sangat, boleh tambah air masak sikit. Untuk anggur,tembikai dan jelly tu aku saja tmbah . itu terpulang pada citarasa sendiri nak letak tmbahan bahan lain.



selamat mencuba ! 
dari saya, zuriana :)

resepi 1 : cupcakes vanilla


Simple Vanilla Cupcakes
Ingredients
·         1 stick plus 1 Tablespoon butter room temperature
·         1/2 cup plus 1 Tablespoon sugar
·         2 eggs room temperature
·         3/4 cup flour
·         1/2 teaspoon baking soda
·         1 teaspoon baking powder
·         2 teaspoon vanilla
·         2 to 3 Tablespoons milk temperature
·          
·         For the Royal Icing:
·          
·         2 egg whites (or powdered egg whites)
·         3 cups confectioners sugar
·         1 teaspoon fresh lemon juice
·         food coloring (optional)
·         sugared flowers (optional)
Instructions
1.      Put all of the ingredients in a food processor except for the milk.
2.      Pour the milk through the tunnel and process until smooth.
3.      Put the batter in the prepared muffin tins. Bake for 15-20 minutes or until brown in a 350 degree oven. Cool completely and then ice.
4.      Combine the egg whites and confectioners sugar in a mixing bowl and whip with a mixer until opaque and shiny, about 5 minutes.
5.      Whisk in the lemon juice to thin out the icing.
6.      Mix for a few more minutes until you reach the consistency for spreading on cupcakes.
7.      Spread the icing on the top of the cooled cupcakes.
8.      How cute are these sugar flowers?
9.      Top with a sugar flower and let harden.

Thursday, 2 August 2012

ramadhan datang lagi :)

                                                           assalammualaikum.

aik, muncul balik? tenggelam kejap timbul kejap aku ni kan, hahahahhaa. malas la nak menghapdate belog. heee. aishhhh tak sangka harini genap la 13 hari umat islam berpuasa, dan aku pulak sekarang menjalani ibadah puasa ku di kampung halaman tersayang. seronok rasanya dapat berpuasa sebulan dekat rumah. bukanlah selalu kan, tak macam tahun lepas. aku berpuasa kat tempat belajar. sedih je bila nak sahur & buka puasa teringat kat family je.. nahhhh.. alhamdulillah tahun ni aku stay sebulan bulan puasa kat kampung. dapatlah segala macam jenis hidangan yg enak lagi berkhasiat dapat aku nikmati. hehhehee.

eh, lupa pulak. men nulihh je aku kan. sebelum tu aku ucapkan selamat berpuasa untuk kalian semua. Semoga bulan Ramadhan ini memberi kita seribu satu kenikmatan dalam melaksanakan ibadah dan diri serta keluarga kita juga dilindungi dan dirahmati ALLAH S.W.T selalu... amin. 

ucapkan untuk korang :)
 buruk lukisannyer.maaff . yg penting ucapannya ikhlas.hee.. :)

erm korang, memandangkan bulan puasa ni adalah merupakan bulan ibadat, kita sebagai umat islam haruslah sentiasa bersyukur kerana ALLAH beri kita peluang untuk terus beribadat.Bagi aku dengan tibanya bulan ramadhan ni lah masanya aku nak banyakkan amal ibadat aku, terutamanya bila kita berpuasa, kita solat, terawih, tartil alquran , berzikir dan bertahmid, termasuk juga kita byk bersedekah dan melaksanakan yang ibadah yang lain . Bukan ape, kadang2 kita terlupa atau lalai untuk perbanyakkan amal ibadah kita bila bukan di bulan puasa. Sebab itulah aku rasa bulan yang mulia ni kita dapatlah beribadat sebanyak dan semampu yang mungkin. Namun , tak bermaksud ibadat kita hanya dilakukan di bulan puasa sahaja kan, insyaAllah teruskan ibadah ikhlas kita ini sepanjang hidup, sepanjang masa dan kita akan mendapat ganjaran dan pahala yang besar dan keampunan dosa serta keredhaan Allah sepanjang masa dan kebahagiaan hidup yang abadi . InsyaALLAH. 

bulan mulia, bulan ramadhan paling dinantikan :)
Syukur Alhamdullilah jugak sampai ke hari ke 13 berpuasa ni, aku masih diberi peluang oleh ALLAH meneruskan perjuangan dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat islam. Subhanallah. :)

ermm.. korangg. bila cerita bulan puasa ni, mesti lah sinonim dengan makanan dan masakan kan? rezeki kita juga pastinya semakin bertambah kan, dan ingat jugak jangan kita lalai sampaikan kita buat banyak pembaziran di bulan puasa ni, makanan biarlah ala kadar dan cukup untuk kita dan ahli keluarga makan. jangan sampai  makanan2 tu nangis sebab tak dapat masuk perut kite, dapat masuk tong sampah je :( sedih kan die.. tak baik taw. 

ha.. bila cita pasal makanan pulak, bulan baik ni aku berbesar hati nak kongsi byk resepi untuk korang. seronok sgt sebab bulan puasa ni lah aku nak meningkatkan ilmu memasak aku, hee. Sebab tu aku nak kongsi beberapa resepi yang ada aku cuba masak sepanjang bulan puasa ni . Tak lupa jugak resepi2 yang mak aku masak ( biasalah tak semua hidangan berbuka aku yang masak, mak jugakk yg masak ) heee. okay korang nantikan yer aku akan update kan nanti :) insyaAllah bulan baik ni, kita kongsi ilmu dan amal bersama :)
                                         
                                                   

Tuesday, 3 July 2012

Pesanan Buat Para Wanita

Assalammualaikum kalian , aku ade baca satu artikel ni taw. artikel is about  Pesanan Buat Wanita. Bila je aku baca aku dapat rasakan aku perlu menjaga perbatasan dalam mencintai sesorang. Sesungguhnya jodoh itu telah didtetapkan oleh ALLAH dan kita sebagai manusia perlu bersabar dan menerima segala yang ALLAH sudah tetapkan. Artikel ini kepada para wanita  yang secara azalinya mempunyai sifat2 malu dalam diri dan kita sebagai wanita jangan bersikap gelojoh atau menidakkan segala hal dan menentukan segala nya tanpa batasan. Setiap yang dilakukan perlu lah seiring dengan syariat dan hukum kita sebagai seorang wanita islam . Jadilah seorang wanita yang mulia dan penuh dengan keimanan dalam diri dengan harapan kita sebagai wanita bakal menjadi penghias dunia yang indah dan juga seterusnya mengekalkan diri sebagai penghias, iaitu di penghias syurga yang paling indah kelak. :)

Pesanan Buat Para Wanita | iluvislam.com discover the beauty of islam

Friday, 29 June 2012

pujian buat movie jalan kembali bohsia 2

assalammualaikum. 

sekarang jam dah 6.56 pagi. tapi aku nak jugak tulis pasal movie yang aku pas tgk ni, sanggup berjaga kot nak tgk movie ni punya pasal. walhal ada je tersimpan movie ni dalam lappy tp tadi nya saja2 je nak tgk sket sebelum tido last2 smpai ke ending aku tgk , tak ke sampai subuh ni ha aku berjagaa.. hehee. sebabnya movie ni sangat gempak. bagi aku movie ni patut diberi pengiktirafan sebab lakonan pelakon dalam bohsia 2 kali ni sangat2 lah mantap. 

                                        

actually is paling utama bagi aku movie ni bertambah mantap sebab adanya penampilan zizan razak yang sangat lah mengong tu.. hahhaha. lawak kat die jee..bongok je zizan dalam cerita ni. hehe. watak zizan sebagai ijan ,kwan baek si hero kita syamsul yusoff (muz) dan die tu asyik wat lawak je. dah nama pon pelawak kan, hhehhhee..

tapi part keduanya paling best sebab lakonan si sofi jikan ni yang aku rasa mantap lah, dah serupa orang kena rasuk syaitan aku tgk die berlakon bawak watak jahat dalam ni. antagonis benor watak die..huhuhu. pandai jugak die berlakon, kalau tak sebelum ni aku kenal dalam zombi kampung pisang je. rupanya kali ni die bawa watak "si jahanam" dalam movie ni sangatlah menjadi. so paling tepat n lebih bersifat pujian lakonan dia bawak sangatlah terbaikk. nti korang ingat aku kata kat die pulak. sebenarnya watak die bawak tu yang buat aku geram tu kata jahanam tu, jgn marah taww..  hehe :) seriuslahh, korang akan geram biler tgk die dalam movie ni.. smpai aku terpikir ade ke eh manusia cm watak die bawak ni dlm kat dunia ni? ada lah kot kan , hehehee. gurau je.


barisan pelakon bohsia 2 jalan kembali.
                             
part ketiga best, watak salina saibi yang cantik ni, disebabkan point cerita ni pasal jalan kembali means pasal taubatnya orang2 yang dah melakukan kesalahan so salina bawak watak perempuan bohsia yang dah bertaubat. kalau korang ingat bohsia 1 dulu kan die jahat tapi die dah terbunuh ayah die kan, dlam movie kali ni die dah bertudung n dah bertaubat. tapi malangnya die masih kena tortured kat tempat pemulihan akhlak die tinggal tu. dah lah yang tortured die tu lakonan mak jah. fuyoooooooooooo!

okay ni part keempat best! lakonan mak jah sangatlah terbaikkk. mak jah dalam ni sangatlah rock n cruel.. part paling seram bila salina kena tortured ngan berus jamban tu.. korang tgklah, aku memang ngeri part ni. kejam gilerrrr.. mak jah ni amatlah scary giler leh berlakon watak jahat giler2 kejam cm ni. tapi aku dalam masa yang sama berdoa jugak janganlah ada orang yang sebegini (sperti watak mak jah bawak ni) .terlalu kejam. dah la nama pun kak rock. hehhehe

okay ada lagi pujian aku nak bagi atas watak pelakon movie ni, mestilah syamsul yusofff (our hero ) selaku si pengarah movie bohsia 2 jalan kembali ni. tak dpat dinafikan watak yang syamsul bawak adalah selamanya terbaik. dia adalah seorang pengarah dan pelakon yang aku rasa tak payah lah aku cerita kan lagi kehebatan die. dah terbukti pon hebat. korang tak caya tengok lah movie ni.... kan arahan die. so kalau movie ni best bagi korang, so sekaligus korang dah puji die best jugak, heheee :)

last, watak nabila huda yang sangatlah jugak terbaikkkkkkkkkkkkk :) nabila huda dalam movie ni jdi semakin liar dan sosial daripada sebelumnya.( masa bohsia 1), kali ni die berkawan dengan keting (sofi jikan) so die bertambah liar tetapi lama2 die ngn keting ada masalah bila adanya watak hetty sarlene (yang semakin cun n kurus slim melim sekarang, hehhehe ) yang pegang watak sebagai perosak hubungan diorang dua. keting ni mencari si nabila huda ni (sebagai watak tasha) sampai lah dapat bila adanya pergaduhan besar berlaku antara dia dengan amy,(salina saibi), muz (syamsul). oohh tak leh cerita sepenuhnya.. korang tgk lah sendiri yee.. :) hahhaha aku sibuk promote, walhal dah ramai yang tgk movie ni, aku yang ketinggalan. kikikiki :) maaf yer aku baru nak teruja ngn movie ni. baru tgk. biasalah student kan, tak sempat pon nak pergi tgk wyg time kuar movie ni kat pawagam . huhuhu =p

okaylah , lastly sekali lagi aku tegaskan cerita ni sangat2lah bawak pengajaran pada kita dan lakonan diorang memang semua sangatlah mantap, makin berkualiti filem yang dihasilkan oleh pengarah muda syamsul yusoff kite ni yee.. :) ada satu pengajaran yang sangat besar dalam movie ni iaitu pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa pun yang inginkan pertolongan dan ingin memohon ampun pada ALLAH. ALLAH maha menerima setiap umatnya yang telah bertaubat dan tidak mahu melakukan kesalahan lagi. 
SUBHANALLAH ..

Thursday, 28 June 2012

menangis

assalammualaikum.


ermmmmmm... hari ini nampaknya hari aku yang sangat muram bg aku. aku kesedihan tanpa sebab yang tegar. aku sendiri tak dapat mentafsirkan sebab aku terasa amat sedih , aku kesepian, bukan kerana tiada tempat mengadu segala kesedihan ini , sedangkan aku punya si kekasih hati yang sangat memahamiku.
dia satu2 nya pelengkap ku yang menerima setiap permasalahan dan mendengar segala luahan yang ingin sahaja aku pingin dia dengari. syukur aku punya dia. namun kesedihan ini masih terbatas. si kekasih hati juga masih belum mampu mengubatkan rasa sedih dan pilu ku dek terlalu merindui keluarga ku. 

Ya ALLAH ini lah aku rasakan saat ini. rindukan keluargaku. semenjak tadi , baru sahaja beberapa jam yang lepas ,aku menghubungi mereka, mereka si penguat ikatan silaturrahim ku, dan seraya itu aku menangis. tangis ku adalah kerana terasa diriku terlalu membebankan mereka. aku jauh dari mereka, aku menuntut ilmu yang sebanyak yang bisa aku mampu disini. namun, disebabkan tuntutan itu aku menjadi menyusahkan mereka. manakan tidak menyusahkan jika mereka terpaksa menenangkan aku yang menangis  kerana terasa diri bersalah meminta wang belanja ku dimasukkan dalam akaunku.

 Pada asalnya tujuanku menghubungi ibuku untuk memaklumkan perkara yang dari semalam aku hadapi. Aku terkena alahan dek penangan maggi segera yang aku jamah .( jamah itu sahaja yang aku mampu kerana tidak punya wang belanja lagi.) perkara itu tidak aku maklumkan. namun hatiku terus luluh dan menangis akibat terpaksa mengaku wang belanja ku sudah kehabisan. tidak dapat aku nafikan  ikatan silaturrahim ini sungguh kuat  apabila mereka mula dapat merasakan kesusahan ku disini. secuba daya mana sekalipun aku mengelak untuk berlagak tenang yang aku masih punya wang. namun mereka dapat rasai kesusahanku akibat tiada wang belanjalah, aku terkena alahan.  

namun, di sebalik semua itu. aku sedar menangis ku di corong talian  makin kuat dan ditambah lagi keesakan tangisan ku apabila terutama sekali ibuku yang mengungkap bicara denganku, dan ia adalah disebabkan perasaan rindu yang amat. perasaan bersalah yang diulit bersama rindu yang amat sangat. manakan tidak, bila kakakku menyusun bicara " kami kat sini makan sedap2, hang kat sana susah2 makan megi, jgn smpai cmtu, tak dak duit bgtau ". apakan daya bagi fikiranku, aku cuma anak yang bisa menyusahkan. itu lah perkara yang aku fikir sampai sekarang. aku tak nak mnyusahkan mereka tapi aku tetap perlu. lebih memilukan apabila ibuku mengucap bicara " hang jgn la duk rasa susah, tak pa abaq ja tak dak duit, pandai2 la kami kat sini ikhtiar cari duit, mak paham aih hang kat sana. duit lani bukan nak cukup " dan setelah itu yang ku dengari terus menyinga tangisan ku, makin kuat, makin tercungap2 dadaku cuba menahan tangisan dan ku cuba selitkan sedaya upaya dengan tawa. tidak mahu ibuku dengar tangisan ku. namun,sesungguhnya seorang ibu , manakan ada ibu tidak mengerti anaknya. ibuku mula memujuk aku agar tidak lagi menangis. ahhhhhh!! terasa diri aku bagai anak kecil tapi kenyataan tidak. aku adalah si anak yang umurnya sepatutnya sudah bekerja dan membantu ibunya mencari wang, tapi aku hanya masih bergelar si anak di bwah tanggungan.

mahu tidak mahu, itulah kenyataan nya , di tahap umurku ini aku masih di bawah tanggungan mereka kerana tuntuntan ilmuku ini, YA ALLAH. KAU bantulah aku. KAU berilah aku kekuatan untuk terus memberi kejayaan demi kejayaan kepada mereka, mereka yang terlalu bersusah payah untuk aku, tidak lagi aku mahu menjadi beban pada mereka. tidak mahu terus lagi rasa bersalah atas kewajipan ku sebagai anak dan pelajar. walang sekali aku rasa kan bila aku terpaksa menahan siksa bila aku rasakan diri ini adalah tidak berdaya untuk memberi rezeki kepada mereka sebaliknya mereka mencari rezeki untuk aku. untuk aku terus menuntut ilmu ini , sungguh di saat ini apa yang aku mahukan adalah satu. Menjadi seorang anak yang biasa berbakti kepada keluarganya dan membalas kembali semua yang mereka sudah usahakan buat aku, terutama ibuku. Ya ALLAH sesungguhnya aku amat menyayangi ibuku yang terlalu banyak berkorban untuk aku. semoga KAU terus berikan kesihatan kecekalan dalam diri aku untuk terus membuktikan kejayaan si anak pada ibunya. AMEEN YA RABBAL ALAMIN. sekian, wassalam.

p/s : ingatlah sejauh mana kita pergi , doa ibu sentiasa mengiringi. dan jangan lah kita lupa pengorbanan mereka wahai keluarga yang banyak memberi kekuatan  pada kita. cerminkan diri, di mana tahap anda, masih berjaya kah anda? aku ? aku masih belum, dan kerana itu aku andai masih usia ku panjang, aku masih mahu hidup dan terus mengecap kerjaya dan akan ku balas jasa mereka. insyaAllah ... semoga ALLAH merahmati ku dan meredhai ku. amin.

Wednesday, 27 June 2012

cinta, CINTA HAKIKI KU.

assalammualaikum wahai semua pencinta. 

pencinta eh pencinta? mestilah semua orang pun ada sifat mencinta dan ingin mencinta kan? aku juga punya sifat ini. sungguh, pasti sangat bahagia bila kita ada perasaan indah ini. CINTA itu bukan sahaja dari konsep mencintai pasangan kita, tapi ianya menyeluruhi segenap sudut , segenap dimensi, segenap dunia dalam konteks CINTA. CINTA boleh berlaku dan dirasai pada setiap yang bergelar manusia malah sesama haiwan sekalipun. Cinta besar maknanya, besar sekali sampai ada yang sanggup bermatian untuk cinta, samada cintanya pada  kekasih, pada ibu bapa , keluarga atau pada sahabat malah pada musuhnya sekalipun. bak kata orang 'dunia pon bole terbalik dek kerana cinta'. kan. kan. 

tapi aku menyusun huruf-huruf di dalam kotak entry blog ini bukanlah untuk aku tegaskan pada cinta yang semua aku nyatakan tadi. Tetapi CINTA yang hakiki, yang besar pahalanya, yang bermakna, yang sungguh tidak ternilai dibandingkan apa-apa. CINTA pada ALLAH yang ESA. aku bersyukur aku diberi peluang untuk merasa cinta pada ALLAH. Sungguh, ya ALLAH , perasaan ini sungguh indah . Aku tak dapat bayangkan dan ceritakan perasaan indah kerana punya rasa yang indah ini. Saban hari aku beri segala yang patut aku beri , aku laksanakan atas kewajipan ku sebagai pencintaMU, hidupku indah saat itu, setiap yang aku minta KAU beri, dan KAU tunaikan. Aku gembira aku diberi kebahagiaan kerana cintaku pada MU itu... 

                 ***********************************************************

Namun, malang sekali perasaan aku tidak kuat, aku tidak setegal dan sesetia cinta Rasullullah pada Allah S.W.T. Aku sering lalai, aku leka dalam terus mengekalkan perasaan cinta yang indah itu wujud dalam diri aku. Aku lupa pada janji aku taburkan pada ALLAH. Aku tak jujur, aku bohong pada ALLAH. Aku mungkir janji aku pada ALLAH. Kemudian, bila semua itu aku lakukan , aku mula tidak tenang, aku mula gusar, aku tak dapat lagi keindahan seperti dulu di mana hati aku tenang dan damai, hati aku kini mula dalam api kemarahan yang aku sendiri tak pasti sebabnya, hati aku serabut dengan segala keadaan , aku takut akan benda-benda yang tak sepatutnya. Aku mula hilang tujuan aku sendiri. Sebak, sungguh aku sebak sendiri melihat keadaan aku yang sering lalai dan lupa janji aku dan kewajipan aku dalam mengekalkan rasa cinta aku itu, aku menyesal . 


aku duduk berteleku di atas sejadah aku,dengan menyarung telekung putih aku , aku mula mengising doa-doa meminta kata ampun dan maaf kerana apa yang telah aku lakukan, kesalahan besar aku kerana tak setia, tak jujur dan mungkir janji pada cinta ku padaMU ya ALLAH . Ya Allah, hambamu berdosa, aku khilaf dalam menilai cinta mana yang  perlu aku utamakan. Aku lebihkan perkara dunia dari melebihkan cintaku padaMU, yang mana jika aku tak pernah melukakan dan memungkariMu ganjaran ku di akhirat kelak adalah SYURGA. KAU bakal menganugerahkan ku ganjaran yang besar, dan tatkala itu aku dapat bergelar umatmu yang beriman. Aku akan di rahmati olehMU, hidup aku terjamin di akhirat.. ALLAHUAKBAR.

Sungguh, keseronokan dan kealpaan di dunia tak dapat beri aku ganjaran itu. tetapi aku alpa.. maafkan aku ya ALLAH.. terima lah maaf aku , terimalah taubat ku, aku kini mula menyusun setiap bait-bait doa yang aku harap diterima. semoga aku tidak lagi khilaf , tidak lagi alpa, tidak lagi membohongiMU ya ALLAH. KAU kuatkan hati di samping kau menerima taubat dan maaf ku ini ya ALLAH. Semoga hati aku tidak lagi terus menipu , tak lagi mengkhianati cintaku pada MU YA ALLAH. Aku tenangkan hati aku dengan berkata 'La Tahzan' namun aku masih risau. Aku takut aku mengulangi khilaf ku. Aku insan hina , Ya ALLAH ampunilah hambaMu ini. 

p/s : sebagai seorang insan, aku mengaku, terlalu banyak khilaf yang aku lakukan, namun aku bersyukur selagi itu cinta ku pada ALLAH masih ada. Semoga CINTA ALLAH pada aku juga terus ada. Tak dapat aku bayangkan kalau cinta aku ini tidak di balas oleh ALLAH. SubhanaALLAH. ALLAH maha BESAR , maha ESA , apa sahaja akan terjadi kerana semuanya telah dikehendaki oleh ALLAH. 


Wednesday, 13 June 2012

entry for them i loved the most :)

assalammualaikum, blogger sekalian. kaifahalukum? alhamduliillah rasa2nya semua sihat kan.
ermm lamanya rasa tak wat entry baru. makin byk perkara terjadi dalam kehidupan kita, kita akan semakin byk komitmen dan perkara yang perlu diselesaikan betul tak? dan baru kali ni aku nak buat entry baru. kot ya pun memang aku malas nk hapdate benda2 cenggini! hee. tp  bagi aku entry kali ni perlu jugak aku buat sebab aku nak dedikasikan entry kali ni untuk sahabat-sahabat aku yang jugak aku anggap sebagai adik2 yang paling aku sayangi. truly loving them.

diorang adalah my housemate yang aku kenal dari aku mula masuk ke tempat aku menimba ilmu ni, masa berganti masa terlalu cepat rasanya hari ini, diorang tidak bergelar housemate lagi. tak disangka cepat benar mereka melangkah kaki buat haluan masing2, diorang dapat praktikal lebih awal dr aku dan 2 org lagi housemate aku.asalnya ada 7 orang kitorg semua tetapi sekarang tggl bertigaa. sedeynya bila sedar diorang dah meninggalkan kami bertiga je dalam rumah ni. my housemate egy, jeeda, murni..kepada pika, walaupun dah tak satu rumah dr sem 2 dengan along. along still ingat pika as housemate :) & now  seriously along dah mula rindu korang! rasa sunyi lah pulak tggal bertiga bila tak de korang :(

ALONG? ehh, kenapa aku gelar diri aku along? okeyh disinilah jawapannya kenapa aku sayang diorang ni.
dari hari pertama aku masuk IPTS ni, aku tak tahu pon siapalah housemate aku, aku dengan masuk tempat ni  dgn berbekalkan perasaan kecewa dan takut nak pergi sana, berdoa sepanjang perjalanan mintak2 housemate aku dapat semuanya okeyh dan best belakaaaa..

kecewa aku adalah sebab tak dapat sambung degree dek gagal stpm dan takut aku sebab membayangkan umur aku agak lewat dr kawan2 aku yang tgh wat diploma dan aku akan kenal dengan mereka yang umur bawah 2 thun dr aku..  tapi alhamdullillah  aku masuk je sanaa.. aku dipertemukan dengan mereka. EGY, PIQA, MUNI, JEEDA, NANA, MIRA.  diorang lah yang menamakan aku ALONG. kenapa along? haha, aku ni anak bongsu rasanya tp kat cni dipanggil along pulak, ok sebabnya aku adalah yang paling tertua dalam rumah tu, hahah, sedeyh paling tua wehh.. sebab tu diorang gelar aku along, dan alhamdullilah sampai sekarang kekal dgn nama tu!

oleh kerana along, aku dianggap sebagai kakak, haha, kakak lah sgt aku ni tak layak pon sebab bg aku aku sama cm diorang.terkinja2 je kitorang ni. hehee, sejak kami semua dapat kenal,kitorg semua dah mula rasa serasi antara semua. walaupun byk perkara yang jadi along tetap syg korang semuaaa :) byk sgt perkara yang kita kongsikan kan?  dari sem 1 along dengan korang smpai sem 6. almost 2 tahun ni along terlalu byk dapat pengalaman manis dalam hidup. hopefully korang pon sama, merasakan kenangan manis dengan along. along nak say a lots of thank you for everything esp kat EGY, JEEDA , MUNI & PIKA, walaupun korang dah tak de kat sini. walaupon korang dah pergi praktikum tggalkan along. ingat lah, along tak pernah lupa korang!! ingatlah kenangan kita sem 1 sampai sekarang. along tak ada lagi kawan dan adik sehebat anda semua!

hey friends, hey sista.. untuk 2 tahun ni, along dapat rasa perasaan ikatan persahabatan yang terlalu indah ni dr kalian, walau berapa byk kita semua selalu salah faham, selalu ada je masalah, along tak dapat nafikan kenangan ngn korang adalah paling terindah along rasa, tak dapat nak bygkan nnti kitorang bertiga dapat housemate lain, memang sgt bongok lah jana niaga tu, nak msukkan org lain dlm rumah kite ni, tak boleeee.  tak nak. tak nak.sebab bg kitorg yang masih bertiga ni , kitorg pasti korang paling the best housemate ever! tak de sapee dapat gantikan koranggg.. bile je free datang sini okayh! keep in touch my beb!

lastly, aku nak tamatkan entry berjela panjang ni, maaf korang.. sebab penat baca, okeyh untuk menghangatkan lagi entry ni . aku sajikan beberapa gmbar memories since kitorg bergelar housemates. sebenarnya gmbar2 ni wat aku lebih rindukan diorang.. tapi bila tgk, seronok sgt. sebab ada kalian semua di belakang saya dalam apa jua yang kita capai sepanjang kita kat uni ni :) terima kasih atas segala kenangan, segala kesabaran, segala ketabahan melayan kerenah along, segala keseronokan yang kita dpat selama ini dan juga segala kesedihan yang kita kongsi bersama... :) tc, love u all. 


sem 1, 2010 :( rindu nyeer..



the happiness i ever had in sem1 :). tq all.

sem 2 already ;)








now, 2012 .alhamdullilah saya masih punya kalian :)

rindu semuanya, memang tak dinafikan masa tak boleh patah balik, tapi kalau bole along aku nak sgt semua ni aku dapat rasa lagi. walaupun terlalu byk perkara n kesilapan berlaku antara kami, tapi kami tetap bahagia as a BFF. dan alhamdullilah jugak kamu semua kekal sebagai adik along yang comell :).maafkan along klu ada byk salah yang along wat kat korang semua selama ni. jangan disimpan dalam hati. along tahu byk salah along kat korang, forgive it my dear. :)

untuk along,mira & nana yang masih  ada kat sini, korang doakan kami dapat ikut jejak korang finish study cepat2 cm korang. dan  hopefully gambar2 ni akan buat kita semua be together sampai bile2.. apa2pun korang kawan terbaik buat along dan jugak  sista paling sempooooii jugak! thanks for being my awesome sista ! all the best :)






Monday, 11 June 2012

Adab dalam bersahabat .

ADAB BERSAHABAT

Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.

(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.

(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.

(4) Menutup segala kea’ibannya.

(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.

(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.

(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.

(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.

(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.

(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.

(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.

(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.

(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.

(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.

(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.

(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.

(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.

(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.

(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.

(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.

(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.

(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.

(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.

PILIH SAHABAT

Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:

(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.

(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.

(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.

(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.

(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

KATEGORI SAHABAT

Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:

(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.

(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.

(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan

kita perlu menjauhinya

{Rujukan kitab Hidayatus-Salikin karangan Syeikh Abdu Somad Al-Palembangi}